Nuffnang Ads

Monday, 18 September 2017

HARI BERTEMU PELANGGAN ILP TANGKAK

Assalamualaikum
Alhamdulillah.......selesai sudah Majlis Hari Bertemu Pelanggan di ILP Tangkak. Julung2 kali diadakan pada hari ini iaitu Perhimpunan Pagi Daerah Tangkak, Hari Bertemu Pelanggan dan Mesyuarat Jawatankuasa Komuniti ILP Tangkak secara serentak. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program berlangsung, antaranya Bola Sepak, Bola Jaring, Memanah, Zumba, 10,000 langkah di kawasan ILP, Pameran dari setiap bengkel dan juga gimik pertandingan robot antara pengarah ILP Tangkak dengan Pegawai Daerah Tangkak .
Gerai2 jualan juga dibuka kepada yang berminat. Tak lupa juga pameran dari Hospital Tangkak. Akak memang tak dapat nak join semua aktiviti sebab akak dah sibuk kat padang uruskan pasukan akak untuk perlawanan bola jaring. Alhamdulillah, semua perlawanan selesai tanpa ada sebarang masalah.

Mungkin di masa akan datang, ILP Tangkak akan jadi tuan rumah lagi. Tunggu.......
Ini antara aktiviti yang telah dijalankan sepanjang hari. Akak tak dapat nak join, nak tengok pun tak berkesempatan sebab awal-awal dah kena ke padang untuk acara bola jaring. Buat awal habis awal, kalau tidak memang rentung ler semuanya hihihi........

Gambar yang dibawah nie semuanya akak ciluk dari fb kawan akak si Nad paparazi tak bertauliah dari ILP Tangkak hehehe.........maaf Nad, akak tak ada sumber nak letak sini. Nak tunggu akak ambil sendiri memang dapat gambar bola jaring je la..........
Program pertama sekali adalah perhimpunan bulanan antara Jabatan dan juga agensi2 yang dijemput. Tak silap akak lebih kurang dalam 60 agensi yang hadir. Kiranya penuh lah dewan ILP.
Selepas perhimpunan dan tamatnya ucapan dari Pengarah ILP, majlis diteruskan dengan zumba yang dikelolakan oleh satu agensi fitness, akak pun tak tahu dari mana tapi dari area Tangkak sahaja. Katanya, studio zumba tu pun masih baru. Kiranya ini merangkap mempromosi studio fitness tersebut. Cek kak instructor yang dok atas pentas tu pun katanya comel2 belaka hehehe........sukalah bapak2 yang kat bawah tu hahaha..............Tapi kawan2 akak cakap semua sporting, semua orang buat senaman betul2 ikut setiap langkah yang ditunjukkan oleh instructor. Harap lepas nie semua akan mengamalkan cara hidup sihat.
Selepas habis berjumba, masing-masing bergerak di sekitar ILP untuk program 1,000 langkah. Dari 10 ribu langkah tukar jadi seribu langkah jer. Kalau buat kat luar, sekitar Tangkak memang kenalah 10,000 langkah. Sebab ILP tak berapa nak besar jadi cukup sekadar 1,000 jer.
Selepas seribu langkah, program diteruskan ke acara memanah. Acara memanah ni dibuka kepada semua yang hadir dengan bayaran rm2 sahaja. Yang gambar atas tu acara kategori VIP. VIP bertanding sesama sendiri menunjuk kejaguhan masing2, gitu............
Selepas tamat memanah, masing2 sudah kelaparan yang amat. Jadi masing2 makan tak pandang kiri kanan dah ler kan.............Yang syoknya, sepanjang makan akan diiringi dengan nyanyian oleh live band ILP Tangkak. Bukan main lagi masing2, seronoklah kan........sambil mulut ngap, halwa telinga pun ngap sekali hehe...........
Dah selesai makan, para hadirin di bawa ke bahagian pameran. Pameran sebanyak 8 bidang yang disertai berdasarkan kursus yang dijalankan di ILP Tangkak. Semua bengkel mempamerkan produk dari keluaran bengkel masing2. Lepas nie kalau ada yang berminat nak tempah, boleh telefon terus ke ILP Tangkak. Harga boleh runding ye..........
Penutup program diakhiri dengan pertandingan robot antara Pengarah dan juga Pegawai Daerah. Gimik dari kursus Mekatronik, robot penyerahan cenderahati kepada Pegawai Daerah. Senyum lebar nampaknya DO kita tu...........
Dah selesai semua acara, sekarang ke acara cuci mata pulak. Akak pun tak sempat nak cuci mata. Datang2 je gerai semua dah tutup. Jangan cakap nk shoping sikit, cuci mata pun tak lepas. Boleh tahan banyak juga gerai yang dibuka . Alhamdulillah...........

Walaupun baru pertama kali menganjurkan, Alhamdulillah dapat pujian dari beberapa pihak. Siap minta buat lagi lain kali. Aminnnn........kalau ada kepincangan tu biasalah kan, kecuaian manusia dan juga persekitaran. Apa2 pun syabas buat semua yang terlibat........









No comments:

Post a Comment