Nuffnang Ads

Thursday, 26 October 2017

ASAM PEDAS TETEL MELAKA

Assalamualaikum
Asam Pedas Tetel.......siapa yang suka kita geng. Orang Melaka kalau tak suka asam pedas tetel tu memang bukan melaka hawau ler jawabnya hehehe...........Akak memang suka asam pedas tetel tapi akak kurangkan lemaknya. Sebab kalau akak makan banyak sangat yang bahagian lemak, memang akak muntah ler silap haribulan. 

Resepi yang ini memang resepi orang melaka. Suami akak cakap sedap, susah nak minta dia puji, Kalau dah puji tu memang sedap ler tu.........nampaknya memang kena buat selalu la nie tapi bukan tetel tapi daging je la. Tak boleh selalu sangat makan tetel nanti lemak tepu berkepok2 dalam badan kan, mmmmmm...........

Apa2 pun yang pasti, resepi akak nie dah di kira berjaya.........masuk bakul angkat sendiri nampaknya hehe.......Asam pedas nie akak masak untuk makan tengahari tadi.  Ada yang berminat dan mahukan resepi? Moh kita semak resepi akak ni........

ASAM PEDAS TETEL MELAKA

Bahan-bahan 
400gm daging & lemak
1 sudu besar lada hitam*
1/2 sudu besar ketumbar*
1/2 sudu besar jintan manis*
1/2 sudu besar jintan putih*
2 ulas bawang putih*
3 ulas bawang merah*
1 cm kunyit hidup* (*ditumbuk halus)
1 inci halia - dititik
1 inci lengkuas - dititik
3 batang serai - di titik
3 helai daun limau purut
1 1/2 sudu besar kerisik
5 sudu besar cili kisar
Air asam jawa
Garam

Cara-cara 
1. Panaskan minyak dan tumis halia lengkuas dan serai hingga naik bau. 
2. Masukkan bahan tumbuk dan tumis hingga garing.
3. Setelah garing dan naik bau, masukkan cili kisar. Tumis hingga cili terbit minyak.
4. Setelah itu masukkan kerisik dan tumis lagi hingga sebati semua rencah tumis. 
5. Masukkan daging tetel dan daun limau, gaul sebati dan biarkan mereneh sekejap dalam 2 minit.
6. Selepas itu masukkan air asam jawa dan biarkan masak sehingga daging betul2 empuk.
7. Dah mendidih masukkan garam. Dah masak hidangkan. Senangkan.......selamat mencuba.














Wednesday, 18 October 2017

KIMCHI.........ADA YANG TERINGIN TAK?


Assalamualaikum
Mari makan Kimchi , makanan sihat untuk kesihatan kita ye........Insya Allah dengan izin Allah SWT. Akak dah selalu buat kimchi nie tapi tak pernah akak post. Selalu akak buat ikut resepi kak Wan. Masa tu baru nak belajar-belajar makan Kimchi. Cuma ikut resepi kak Wan tu, kimchi tu berair sikit tak macam kimchi yang akak makan kat Korea dulu yang kering sikit. Apa2 pun rasanya tetap sama.

Kali ini akak buat Kimchi, akak ikut resepi dari blog sini. Cara buatnya akak tengok amat-amat sempoi. Jenis macam akak yang malas nie memang sesuailah sangat hehehe........Dia tak guna tepung pun nak buatnya. Gaul2 dah siap, rasa pun sedap. Akak bagi kawan akak rasa dan dia pun puji sedap. Dapat pulak kawan akak nie memang jenis hantu Kimchi. Disebabkan resepinya mudah, akak follow resepi dia cuma akak olah sikit ikut bahan yang akak ada. Siapa2 yang nak ikut resepi akak pun boleh, nak ikut resepi asal pun boleh.

Jom kita semak resepi kat bawah nie


KIMCHI
Sumber : whateverpapeaje.blogspot.my

300gm Kobis napa/kobis cina
1 cawan air
4 sudu besar garam kasar
Potong 2 kobis napa. Potong kepingan kobis selebar anggaran 2cm. Dah siap, masukkan ke dalam mangkuk besar. Campurkan air dan juga garam ke dalam mangkuk kobis, gaul sekata. Biarkan selama 30 minit. Setiap 10 minit gaul campuran agar masinnya jadi sekata.
Selepas 30 minit, cuci bersih sebaik-baiknya 3 kali cuci dan toskan airnya betul2. Sementara itu kita buat paste Kimchi.

Paste Kimchi
5 sudu besar serbuk cili
2 sudu besar gula pasir
5 sudu besar sos ikan
3 ulas bawang putih (saiz ibu jari) - cincang halus
1 inci halia - sagat

Campurkan semua bahan paste Kimchi, jadilah macam nie.........Sekarang kita sediakan pulak sayur2annya.

1 biji epal hijau - sagat
1/2 biji capsicum hijau - potong kasar
1/2 biji capsicum merah - potong kasar
5 helai daun bawang - potong dalam 1 inci
daun kucai - potong dalam 1 inci
Dah potong siap2 semua sayur, masukkan kedalam mangkuk besar. Masukkan paste Kimchi dan gaul sebati. Gaul guna tangan ye, baru sekata dengan cantik...........pakai sarung tangan jernih tu supaya tangan tak pijar. Rasa sikit campuran tu ikut selera rasa yang kita nak.
Inilah dia hasil campuran kita tadi. Dah cukup rasa masinnya, rasa pedasnya dan juga rasa manisnya bolehlah kita simpan dalam bekas. Kalau tak cukup pedas boleh tambah serbuk cili. Bagi akak ok jer sesedap rasa pedasnya sebab akak tak kuat pedas. kalau yang geng dengan cili padi boleh tambah cili lagi kot hehehe........

Dah siap boleh simpan dalam peti sejuk. Kalau nak makan terus pun boleh. Akak makan dengan nasi macam buat ulam jer. Nak gatah2 macam tu pun ok.......


SELAMAT MENCUBA











Saturday, 14 October 2017

PROGRAM FUN RIDE 6.0 SEMPENA SUKAN NEGARA 2017

Assalamualaikum
Tenggelam timbul tenggelam timbul akak nie ye.........bukan apa, kesibukan memanjang walaupun tak sibuk mane pun........buat2 sibuk je akak nie hehehe........ 

Post kali nie akak hanya nak cerita pasal Fun Ride yang teams ILP Tangkak sertai. Program kali ini adalah Fun Ride yang ke 6 buat tahun ini sempena Sukan Malaysia yang kita sambut semalam. Daerah Tangkak sambut hari ini dan salah satu aktivitinya adalah Fun Ride. Sudah 6 kali rupanya program kayuhan nie disertai oleh pihak ILP Tangkak. Akak memang tak join sebab tak ada basikal, cuma bila waktu training ada juga akak join. Akak sekadar nak berkongsi aktiviti yang dijalankan @ disertai oleh pihak ILP Tangkak.
Fun Ride 6.0 kali ini, rasa2nya macam jauh sikit. Bermula dari Dataran Ledang membawa sehingga ke Taman Lagenda Taman Negara. Kat mana Taman Lagenda tu? kat mana lagi Gunung Ledang la.......jauhkan, tapi semua geng2 bersemangat. Hadiah pun ada disediakan, dari no 1 hingga no 25 yang sampai ke Taman Lagenda. Akak hanya mampu beri sokongan pada pegawai2 yang menyertai lebih2 lagi pada geng gugurls. Next time kalau ada lagi akak memang nak sertai, jeles betul hanya dapat tengok jer tak dapat nak sertai.
Ini antara hadiah yang penganjur sediakan. Untunglah siapa yang dapat...... yang dapat no 1 hingga 3, dapat wang tunai. Dah selalu sangat anjurkan, nampak macam hadiah yang mahal makin kurang jer hehehe........tak apalah kan janji ada. Apa yang penting, bersukan untuk kesihatan dan dapat juga menjalinkan ukhwah......
Ini latihan yang geng2 ILP lakukan. Biasanya atas jalan raya biasa kali ini dia orang masing2 mencabar diri untuk menuju sehingga ke Menara Pandang Puteri. Minta nyawa masing2 hahaha......nasib akak tak follow masa nie, kalau tak memang akak tunggu kat bawah jer la hehehe.........Tak pe yang penting pengalaman tu.
Ini menaranya.......nama Menara Pandang Puteri, entah nampak entah tidak puterinya hehehe.....dari bawah pun dah nampak gayat, agaknya kalau dari atas mahu akak pitam terus.......rasa macam nak muntah tengoknya.......
Saat nie yang paling seronok, kemuncaknya berendam di gunung ledang. Sempat lagi dia orang berkelah. Semoga team2 ILP Tangkak terus sukses terutamanya gugurls semua. Ramai lagi gugurl yang join tapi masing2 ada komitmen lain kot.