Nuffnang Ads

Wednesday, 18 October 2017

KIMCHI.........ADA YANG TERINGIN TAK?


Assalamualaikum
Mari makan Kimchi , makanan sihat untuk kesihatan kita ye........Insya Allah dengan izin Allah SWT. Akak dah selalu buat kimchi nie tapi tak pernah akak post. Selalu akak buat ikut resepi kak Wan. Masa tu baru nak belajar-belajar makan Kimchi. Cuma ikut resepi kak Wan tu, kimchi tu berair sikit tak macam kimchi yang akak makan kat Korea dulu yang kering sikit. Apa2 pun rasanya tetap sama.

Kali ini akak buat Kimchi, akak ikut resepi dari blog sini. Cara buatnya akak tengok amat-amat sempoi. Jenis macam akak yang malas nie memang sesuailah sangat hehehe........Dia tak guna tepung pun nak buatnya. Gaul2 dah siap, rasa pun sedap. Akak bagi kawan akak rasa dan dia pun puji sedap. Dapat pulak kawan akak nie memang jenis hantu Kimchi. Disebabkan resepinya mudah, akak follow resepi dia cuma akak olah sikit ikut bahan yang akak ada. Siapa2 yang nak ikut resepi akak pun boleh, nak ikut resepi asal pun boleh.

Jom kita semak resepi kat bawah nie


KIMCHI
Sumber : whateverpapeaje.blogspot.my

300gm Kobis napa/kobis cina
1 cawan air
4 sudu besar garam kasar
Potong 2 kobis napa. Potong kepingan kobis selebar anggaran 2cm. Dah siap, masukkan ke dalam mangkuk besar. Campurkan air dan juga garam ke dalam mangkuk kobis, gaul sekata. Biarkan selama 30 minit. Setiap 10 minit gaul campuran agar masinnya jadi sekata.
Selepas 30 minit, cuci bersih sebaik-baiknya 3 kali cuci dan toskan airnya betul2. Sementara itu kita buat paste Kimchi.

Paste Kimchi
5 sudu besar serbuk cili
2 sudu besar gula pasir
5 sudu besar sos ikan
3 ulas bawang putih (saiz ibu jari) - cincang halus
1 inci halia - sagat

Campurkan semua bahan paste Kimchi, jadilah macam nie.........Sekarang kita sediakan pulak sayur2annya.

1 biji epal hijau - sagat
1/2 biji capsicum hijau - potong kasar
1/2 biji capsicum merah - potong kasar
5 helai daun bawang - potong dalam 1 inci
daun kucai - potong dalam 1 inci
Dah potong siap2 semua sayur, masukkan kedalam mangkuk besar. Masukkan paste Kimchi dan gaul sebati. Gaul guna tangan ye, baru sekata dengan cantik...........pakai sarung tangan jernih tu supaya tangan tak pijar. Rasa sikit campuran tu ikut selera rasa yang kita nak.
Inilah dia hasil campuran kita tadi. Dah cukup rasa masinnya, rasa pedasnya dan juga rasa manisnya bolehlah kita simpan dalam bekas. Kalau tak cukup pedas boleh tambah serbuk cili. Bagi akak ok jer sesedap rasa pedasnya sebab akak tak kuat pedas. kalau yang geng dengan cili padi boleh tambah cili lagi kot hehehe........

Dah siap boleh simpan dalam peti sejuk. Kalau nak makan terus pun boleh. Akak makan dengan nasi macam buat ulam jer. Nak gatah2 macam tu pun ok.......


SELAMAT MENCUBA











No comments:

Post a Comment