Selamat bercuti bagi yang bercuti hari ini. Yang bekerja tu, kerja baik2 ye di penghujung tahun nie. Yang menguruskan anak2 untuk persiapan persekolahan yang akan bermula, semoga selamat semuanya.
Akak hari nie tak bekerja, abang akak pula bercuti. Jadi kami mengambil kesempatan untuk bercuti makan angin. Tempat pilihan kami dipenghujung tahun ini adalah Putrajaya. Kami menginap di Dorsett Hotel Putrajaya. Ini pilihan suami akak, akak layan jerrr.........
Apa-apa kita check in dulu. Bersebelahan hotel nie adalah tempat shopping kompleks. Akak tak sempat lagi nak teroka tempat nie, mata dah layu sangat nie..........
Ini semua kelengkapan yang disediakan di dalam bilik. Kami checkin awal dan hanya 2 katil yang ada jadi pilih sahaja jangan banyak komplen.
Hotel ni betul2 berdepan dengan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin atau juga dikenali sebagai Masjid Besi.
Pemandangan tingkat 4 dari bilik kami di tingkat 6. Bilik di tingkat 4 nie siap ada balkoni lagi, cantik sangat.......tak tau lah akak tu bilik apa namanya. Kena tanya pokcik google la nanti.
Selepas dah lepaskan segala penat lelah, selesaikan semua perkara yang patut.........kami mencari rezeki disekitar shopping mall. Tapi sebelum tu kami singgah di tingkat 9 untuk ke kolam renang dan gym. Nak tengok2 dulu........
Ramai juga orang yang mandi di kolam ni, nampaknya kalau pagi2 nie mesti lagi ramai yang datang berendam.........gambar yang lagi satu tu, nampak jambatan kan. Sebelah tu nampak tak tegak macam sebatang pensil. Itulah Monumen Millenium, di mana mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad menanam kapsul masa didasarnya.
Ini menu tengahari kami. Lewat sikit lunch kami sebab letih sangat tadi jadi tidur dululah sekejap. Cari punya cari, naik sampai ke atas, last2 patah balik ke food court juga pilihan kami. Pilihan akak ayam salai, sedapppp.......abang akak chicken chop.
Dah kenyang perut, kami cuci mata jalan2 sekitar tasik di depan hotel. Ada pula pasar malam masa tu tapi tengok sajer sebab perut dah penuh. Kami terus balik ke hotel, kaki dah lenguh badan pun dah letih jadi balik je la untuk beradu........
No comments:
Post a Comment