Nuffnang Ads

Sunday, 17 December 2017

UMRAH PERTAMA 2017, ALHAMDULILLAH.........

Assalamualaikum
Alhamdulillah, dapat bersiaran lagi di sini. Kali ini akak sekadar ingin berkongsi cerita tentang pengalaman akak ketika pergi menunaikan ibadah umrah pada pertengahan bulan november yang lalu. Dah hampir sebulan akak pergi dengan menggunakan agensi Al Fajr Travel & Tours. Kalau sebelum ini akak datang untuk mengikuti kursus yang dianjurkan oleh mutawwif yang dilantik oleh pihak Al fajr, tapi Allah SWT bukakan pintu hati akak dan suami untuk turut sama menyertai para jemaah semua. Rezeki ada lebih dan keinginan tu dah datang jadi jangan lengah2 lagi, akak terus daftar je...........

Bila kawan2 tanya pengalaman pergi Makkah Al-Mukarramah, akak cuma mampu cakap nak tahu rasanya macam mana, kena pergi sendiri sebab akak tak boleh nak bercerita. Bila nak mula cerita jer air mata dah bergenang2. Akak dah rasa, akak dah alami debaran di hati tu jadi akak dah tahu macam mana rasa perasaan yang bercampur baur tu. Memang tak boleh nak digambarkan tapi sekarang baru akak boleh cerita sikit2. Rasa sekejap jer masa berada di sana, seolah2 macam akak pergi tu dalam sehari dua jer. Cepat betul masa berlalu, rasa tak puas sampai akak cakap kat suami akak nak duduk situ lama2, masam muka dia hehehe...........
Penerbangan kami bersama MH8208 jam 1 petang. Destinasi kami ke Madinah Al-Munawwarah dulu, sampai betul2 orang azan Mahgrib pada jam 5.30 malam. Beza waktu dengan Malaysia dalam 5 jam lewat maknanya Malaysia masa tu dah jam 10.30 malam. Penerbangan mengambil masa hampir 10 jam, kematu punggung hihihi.........Kami menginap di Hotel Erjwan Golden. Sampai di hotel rehat secukupnya malam tu. Dapat meluruskan badan memang satu nikmat tak terkata sebab berjam2 dalam kapal terbang akak duduk sahaja tak gerak2. 
Pertama kali menjejakkan kaki ke Masjid Nabawi, rasa macam hiba, rasa teruja, bangga dan macam2 rasa yang datang sebab macam tak percaya akak dah dapat datang ke sini, dapat datang menziarah makam Rasulullah SAW. Bila tengok wajah suami rasa macam nak senyum sampai ke telinga dan lepas tu rasa nak menangis. Macam tu lah yang akak rasa masa tu. Pasang tekad dalam hati, ini bukan kali pertama akak akan ke sini. Moga Allah permudahkan rezeki akak dan suami.
Ini antara tempat2 yang dibawa oleh Mutawwif yang mengiringi kami untuk Lawatan Luar di sekitar Kota Madinah. Antara tempat2 yang diberitahu, antaranya Jabal Uhud, Masjid Qiblatan, Masjid Tujuh dan ladang kurma serta Masjid Quba. Kami singgah di ladang kurma untuk membeli sedikit buah2an yang dijual antaranya kurma, buah zaitun, manisan, buah delima dan macam2 lagi. 
Pada esok harinya kami berangkat ke Makkah. Tak ingat akak gerak pukul berapa. Kami singgah di Bir Ali dan bermiqat umrah di situ. Setelah sampai di Makkah kami terus ke hotel penginapan iaitu Awwtad Hotel. Bila dah check in dan kemas barang2 ke dalam bilik, kami semua terus bergerak beramai2 ke Masjidil Haram bagi menunaikan umrah wajib. 

Alhamdulillah, kami selesai melakukan umrah wajib lebih kurang dalam jam 2.30 pagi. Dah selesai semua perkara akak dan suami terus balik ke hotel sebab rasa tak selesa. Walaupun masa tu hujan lebat tapi kami gagahkan juga kaki melangkah balik ke hotel, rasa satu badan dah melekit2 tak selesa. Dah bersihkan diri kami solat subuh di bilik sahaja sebab hujan masih turun walaupun tak lebat. 
Pada hari ke tiga di Makkah, pada pagi selepas bersarapan kami di bawa melawat sekitar Kota Makkah oleh mutawwif yang dilantik di Makkah. Antara tempat2 yang dilawati ialah Jabal Thur, Padang Arafah, Jabal Rahmah, Muzdalifah, Mina Jamaarat, Jabal Noor dan akhir sekali kami bermiqat di Ja'aranah. Sepanjang perjalanan, kiri kanan dipenuhi dengan gunung ganang dan padang pasir.

Yang bertanda hijau atas tu, itulah tempat di mana Nabi Ibrahim AS ingin melakukan ibadah qurban ke atas anaknya seperti yang diperintahkan oleh Allah SWT dan akhirnya ditukarkan dengan seekor kibas. Itu yang dipanggil tempat tu Jabal Qurban........Ketika melalui sekitar kawasan Mina, rasa sayu jer hati. Bila lah agaknya saya dan suami akan dipanggil untuk melakukan ibadah haji. Bila tengok khemah2 yang begitu banyak, boleh saya bayangkan dengan keadaan umat Islam ketika melakukan ibadat haji. Moga giliran kami akan tiba nanti, Aminnnn.......
Pada malamnya pula, kami dibawa melawat ke Gua Hiraq sekitar jam 10.30 malam. Lawatan yang ini tiada di dalam pakej. Ia terbuka kepada yang berminat untuk merasai pengalaman pendakian tersebut. Akak dah tak ingat berapa bayarannya, tak mahal pun. Perjalanan pendakian mengambil masa lebih kurang 1 jam. Sepanjang pendakian kita akan berjumpa dengan ramai pengemis. Sedih betul bila dengar dia merayu2 minta 1 riyal, tapi akak bawa 2 riyal jer.......tak tahukan. Pemandangan dari atas memang cantik. Kalau dapat tengok sunset mesti lagi cantik, tak apa next trip hehehe......
Pada esoknya kami membuat lawatan lagi. Kali ini ke Udaibiyah dan Muzium Haramain. Dalam perjalanan ke Udaibiyah kami singgah di ladang ternakan unta. Di tepi jalan jer unta2 tu. Selepas dah berposing bagai dengan unta kami ke Udaibiyah bagi bermiqat di situ. Dah selesai solat sunat dan niat umrah, kami ke muzium tapi sayang tak dapat nak masuk sebab belum masa untuk lawatan kecuali ada surat kebenaran yang di mohon oleh pihak agensi. Taka ada rezeki namanya tu........Balik ke Masjidil Haram buat umrah lagi baguskan hehehe.........takut nanti kalau lengah2, terbuat pulak benda2 yang dilarang di dalam ihram.  

Pada hari terakhir kami di Makkah, kami melakukan tawaf wida'. Dalam pukul 10 pagi kami bergerak ke Airport Jeddah untuk penerbangan balik . Awal2 lagi kami dah bertolak sedangkan penerbangan kami pada jam 8.50 malam. Penerbangan balik kami dengan Nesma Airlines yang memang ada mou dengan pihak Al Fajr Travel. Kami tiba di KLIA dalam pada jam 10 pagi dengan selamatnya. Cuma akak jer tak selamat sebab terkena sakit mata semasa di dalam flight, nasib nasib.........mc 3 hari hehehe...........

Inilah serba sedikit kenangan akak dan suami ketika menunaikan umrah buat julung kalinya. Macam2 kenangan dan pengajaran akak dapat. Dapat kenal umat islam dari seluruh dunia, dapat kenal berbagai ragam manusia yang ada masanya betul2 menguji kesabaran kita. Semoga akak diberi rezeki lagi pada masa akan datang, untuk menjadi tetamu Allah SWT di sini Aminnnn........
















No comments:

Post a Comment