Assalamualaikum
Innalillahiwainalillahirojiun
Al Fatihah buat sahabat akak, Ahmad Azham Bin Muhammad yang telah kembali kepada Maha Pencipta pada awal pagi tadi kerana kemalangan maut di Mersing. Kemalangan berlaku ketika arwah di dalam perjalanan menghantar anak sulung ke sekolah. Kereta arwah dilanggar dari arah depan oleh treler yang mengelak dari bertembung kereta lain yang keluar simpang. Anak arwah di dalam keadaan parah, cedera di muka dan patah tulang peha. Yang bertambah sedih lagi hati akak bila dapat tahu yang isteri arwah sedang mengandung. Sedihnya........
Ya Allah, dariMu kami datang, kepadaMu juga kami kembali. Ya Allah, tempatkan arwah dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Semoga Allah SWT menghapuskan dosa-dosa arwah dan beri juga kesembuhan kepada anak arwah.....Aminnnnn. Salam takziah buat semua keluarga.
No comments:
Post a Comment