Nuffnang Ads

Tuesday, 2 January 2018

LIGHT AND MOTION PUTRAJAYA 2017


Assalamualaikum
Minta maaf la ye, nie n3 tertunda sebab handphone buat hal pulak hari tu. Akak nak juga post kat sini sebab ini julung2 kali akak datang tengokkan. Next time belum tentu akak berpeluang lagi nak datang sini walaupun abang akak janji nak bawa lagi datang sini, InsyaAllah........

Walaupun siang dah penat berjalan, malam tu merupakan malam terakhir akak kat putrajaya jadi akak gagahkan juga kaki pergi tengok festival pencahayaan iaitu Festival Light And Motion Putrajaya 2017 ataupun LAMPU 2017. Tempatnya tak jauh pun dari hotel penginapan kami, belakang hotel jer.....Patut ler akak tengok lepas isyak parking kereta dah penuh depan hotel. Memang sesak betul dengan orang ramai yang datang berkunjung.

Festival nie tiap-tiap tahun di buat tapi 2017 baru kami berkesempatan datang menyaksikan LAMPU. Kawan akak cakap yang tahun ini tak secantik tahun2 sebelumnya, entah tak tahu.......yang pasti orang memang sesak. Akak meronda dari hujung jalan hingga ke hujung jalan. Lepas tu food truck pun memang banyak. Akak tengok adik2 yang berniaga di food truck tak menang tangan, ada juga yang beratur panjang. Memang banyak pilihan makanan dan minuman.










No comments:

Post a Comment