Nuffnang Ads

Wednesday, 17 January 2018

KIMCHI.......LAGI!!!!!

Assalamualaikum
Bersiaran lagi kita........
Kimchi lagi.....kawan2 akak komen. Buat lah kek pulak kak. Maaflah ye.......no kek kek, diet.....*___*.....jangan jemu yer dengan kimchi akak. Akak memang suka makan dan suka buat walaupun abang akak tak makan sayur. Orang tak suka kita makan je la kan.......

Kek........memang dah lama akak tak buat. Doktor pun tak bagi dah akak makan berlemak selalu, kena kurangkan sebab bacaan kolestrol yang sentiasa bertambah bila check-up walaupun masih di tahap ok tapi kena berhati2 sebab usia yang meningkat nie. Jadi mana kawan2 yang nak kek tu, kena bersabar ye........ada keizinan nanti akak buat. Sekarang nie kita layan sayur2an je ye........

Kimchi akak dah selalu buat. Bila habis je akak buat, dalam kuantiti yang sedikit. Sebelum nie akak pernah post dan akak guna resepi nizan. Kali ini resepi dari blog kak wan. Selalu juga guna resepi kakwan cuma kali nie baru nak kongsi hehehe......jom tengok resepi......

KIMCHI
Sumber : Kak Wan , Niena Sofea

Bahan-bahan
3 biji kobis napa
1 cawan garam
1. Kobis belah dua. Buang bahagian tengah yang keras dan belah dua lagi. Potong saiz makan.
2. Cuci kobis dan kemudian toskan. Masukkan kobis dalam mangkuk dan taburkan garam. Gaul semua hingga sekata.
3. Perapkan kobis selama 2 jam, gaulkan setiap 30 minit agar rasa masin akan sekata.
4. Selepas 2 jam, bilas kobis bersih-bersih. Tapis dan simpan sebentar.

Pes Tepung Beras
3 cawan air
1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan gula
1. Satukan tepung beras dan air, kacau hingga larut.
2. Masak di atas api kecil hingga pekat.
3. Masukkan gula dan gaul hingga rata. Ketepikan.

Pes Kimchi
1/2 cawan bawang putih
1 inci halia
1 biji bawang besar - akak guna bawang hollan
1 cawan sos ikan
serbuk cili - akak letak 1 1/2 cawan
ikan bilis - akak tak letak
1. Cincang kasar bawang putih, halia dan bawang besar. Masukkan ke dalam pengisar bersama-sama sos ikan dan kisar halus.
2. Gaulkan bersama cili kisar. Setelah itu campurkan bersama pes tepung beras tadi dan gaul hingga sebati. Jika kurang pedas boleh tambah lagi serbuk cili.

Bahan Sampingan
3 ikat daun kucai
7 batang daun bawang
2 biji lobak merah
1 biji lobak putih
1/2 biji capsicum hijau - akak tambah
1/2 biji capsicum merah - akak tambah
1 biji buah pear - akak tambah
1. Potong daun bawang dan daun kucai dalam 1 inci. Sagat atau hiris lobak merah dan juga lobak putih. Lobak putih akak potong empat dan hiris kasar. Lobak merah satu akak sagat dan satu akak potong memanjang.
2. Capsicum akak potong empat dan hiris panjang.
3. Buah pear akak sagat.
 
Cara-cara Penyediaan :
1. Masukkan kobis dan bahan sampingan ke dalam mangkuk besar.
2. Pes Kimchi dan Pes tepung Beras gaul sebati.
3. Masukkan campuran pes ke dalam campuran kobis dan gaul sekata. Gaul guna tangan agar campuran betul-betul sebati. Guna sarung tangan takut nanti tangan pijar.
4. Dah siap gaul, rasa masin, manis dan pedas cukup boleh simpan dalam bekas kedap udara. Masukkan hingga penuh dan tekan hingga padat supaya tidak ada ruang udara untuk mengelakkan Kimchi dari berkulat.
5. Simpan di dalam peti sejuk selama 3 hari  baru sedap untuk dinikmati.
6. Boleh di hidang bersama nasi, boleh dibuat sup kimchi, stew, lempeng ataupun nasi goreng.
Ok, inilah hasilnya setelah digaul2 dengan penuh kasih sayang hehehe..........Dah gaul, dah cukup semua rasa pedas, masin dan manis bolehlah simpan terus dalam bekas kedap dan disimpan di dalam peti sejuk.
 


SELAMAT MENCUBA







1 comment:

  1. mari gabung bersama kami di Aj0QQ*c0M
    BONUS CASHBACK 0.3% setiap senin
    BONUS REFERAL 20% seumur hidup.

    ReplyDelete