Nuffnang Ads

Monday 13 November 2017

KURSUS UMRAH ANJURAN ALFAJR TRAVEL

Assalamualaikum
Selamat petang.........Alhamdullilah dapat juga menyertai Kursus Umrah yang dianjurkan oleh agen Alfajr Travel cawangan Bukit Beruang yang dijalankan di surau Taman Bukit Beruang. Kursus umrah ini terbuka kepada semua orang ramai yang di ketuai oleh Tuan Haji Razak dan isterinya Puan Mastura yang merupakan wakil Alfajr Travel Melaka. Kursus dijalankan sebanyak 6 kali sebelum Tn Haji Razak dan isteri akan berangkat ke Mekah untuk membawa jemaah pada bulan disember nie.

Untuk kursus umrah tahun ini, Tn Haji Razak lakukan sebanyak 6 kali kursus dan kali yang ke 5 dijalankan amali pada ahad yang lepas. Ada satu lagi kursus pada 26 Nov nie. Ramai juga yang datang untuk bersama2 mendengar taklimat berkaitan umrah sepanjang dijalankan. Semoga yang datang dan masih belum berkesempatan untuk pergi melakukan ibadah umrah, akan dipermudahkan dan dibuka pintu hati untuk segera melakukannya.



Sebelum melakukan amali umrah, Tuan Haji mengajar dulu cara2 memakai kain ihram dengan cara yang betul. Bagi yang dah pernah pergi memang tak ada sebarang masalah nak pakai. Bagi yang pertama kali pergi dan yang akan pergi memang perlukan bantuan supaya tiada sebarang masalah yang timbul nanti. Menurut Tn Haji, memang nampak mudah pusing2 belit dah siap tapi kena juga pakai dengan cara yang betul dan selamat. Nampaknya suami akak sekali belit jer dah kemas dan tak membahayakan diri hehehe.........
 
Disebabkan kursus amali dilakukan pada hari ahad, jadi memang ramailah yang datang. Akak bekerja pada hari ahad jadi terpaksa korbankan cuti sehari walaupun cuti akak memang dah nak habis, ngam2 tinggal sehari jer. Harap2 tiada halangan sampai hujung tahun nie. Sebab bagi akak amali lah yang penting, yang buat kita betul2 faham dan nampak dengan jelas apa yang kita dah belajar sebelum nie. Kalau kawan saya cakap, baru ler betul2 hadam.........

Mendengar penerangan yang terperinci dari Tn Hj Razak, memang buat hati kita akan rasa tak sabar2 nak ke sana. Akak dapat rasakan kesungguhannya yang betul2 ikhlas, yang betul2 nak membantu para jemaah untuk mendapatkan umrah yang mabrur..........semoga dipermudahkan Allah SWT, Aminnnnn........


Ini salah seorang ustaz penceramah yang dijemput pada minggu ke 4 kursus. Asal dari Indonesia tapi dah menjadi penduduk tetap Malaysia. Ustaz ini sahaja yang akak sempat snap sebab datang lambat jadi akak duduk belakang. Yang sebelum2 nie datang awal duduk depan jadi segan sikit nak pegang phone hehehe.........rata2 ustaz yang dijemput oleh Tn Hj Razak semuanya best2 belaka. Banyak pengalaman dan pengetahuan yang dikongsi. Ada ustaz yang dah pergi lebih 200 kali mengerjakan umrah. Rezekinya murah betul. Semoga akak dan suami akak akan sampai ke sana suatu hari nanti. Semoga dipermudahkan Allah SWT, Aminnn.........