Nuffnang Ads

Wednesday 28 March 2018

OYEN DALAM KENANGAN.......

Assalamualaikum
Hari ini betul2 menyedihkan hati akak. Kucing jalanan yang akak bela dari hari pertama lahir hingga ke bulan yang ke 4, tiba2 pergi meninggalkan akak tanpa akak ketahui apa puncanya. Memang betul2 buat akak banjir pagi tadi. Nie baru akak rasa tenang sedikit. Kawan2 kat pejabat semua dah geleng kepala tengok akak yang hiba bebenor.......
Kucing pertama akak bela bila ibu dia Omot beranak di bawah pokok pisang dalam kawasan rumah akak hujung tahun lepas. 5 ekor semuanya adik beradik dia, Oyen, Otam, Ompok, Okin dan Ocu. Ompok dah mati masa usia baru 3 minggu dan Ocu hilang lepas umur 1 bulan. Sekarang nie Oyen pulak dah tinggalkan akak. Sedih yang amat rasanya huhuhu.......
Oyen masa kecik memang manja sangat. Nak tidur pun dalam kain. Kalau kita tengah duduk bersila, senyap2 dia datang terus landing dalam kain. Akak memang biarkan sebab dia selalu demam dan kurang aktif. Manja dan malas juga dia tu.
Bila umur dah 3 bulan akak bawa pergi vaksin. Balik dari veterinar, terus hilang semuanya malam tu. Cuma Okin sahaja balik ke rumah esoknya. Selepas seminggu baru yang lain balik. Semenjak itu Oyen dah jadi aktif sangat tapi dah tak nak di pegang atau di peluk. Dia dah macam jadi sombong dan akak selalu geram kat dia. Memang selalu kena picit2 dengan akak tapi sekarang mmmm.........

Masa pagi tadi, sebelum ke tempat kerja akak bagi makan semuanya. Tapi Oyen tak datang2. Selalu dia duduk bawah kereta dan tunggu akak jemput dia, baru dia datang makan. Tapi pagi tadi dia tak muncul2. Satu rumah akak cari, rupa2nya abang akak nampak dah terbaring di atas jalan raya depan rumah. Hiba betul akak tengok. Sampai lencun tudung akak, akak menangis.
Semua kucing tu tak nak tidur dalam rumah kecuali Okin sahaja. Sebab dah biasa selama seminggu semua tu hilang, Okin tidur dengan akak. Bila dah balik adik beradik dia, dia pun tak nak tidur dalam rumah. Dah jadi macam nie, memang akak paksa lah tidur dalam rumah. Rasa macam tak sanggup nak rasa kehilangan lagi. Memang down akak sehari nie........

Patutlah ada yang melalak kat dalam facebook tu bila kucing dia orang mati. Sekarang baru akak rasa, baru akak tahu bagaimana perasan dia orang semua tu. Akak nie kira kucing jalanan pun dah menangis bagai, kalau yang memang bela dalam rumah.........hai entah lah.....
Semoga Oyen tenang di sana. Allah lebih menyayangi Oyen.......jumpa di syurga nanti sayang. Doakan mummy...............
Oyen tetap di hati






Monday 26 March 2018

ANCASA RESIDENCES PORT DICKDON.........ULANGTAHUN KELAHIRAN MAK KE 73


Assalamualaikum
Selamat pagi semua. Alhamdulillah selesai sudah Family Day, Jalinan Ukhwah Sidek & Lijah 2018. Family Day merangkap sambuatan hari lahir mak yang ke 73. Semoga mak dipanjangkan usia dan diberi kesihatan yang baik. Diharap ukhwah yang terjalin dapat mengukuhkan dan mengeratkan lagi kemesraan yang sedia terjalin di dalam keluarga kami. Semoga kekeluargaan kita diberkati dan dirahmati Allah SWT.

Kami menginap di Ancasa Residences Port Dickson. 4 apartment di tempah yang menempatkan 2 bilik untuk 2 buah keluarga. Kami daftar masuk pada jam 3.30 petang. Ada yang dari Melaka, Klang dan Puchong sebab chek in hari jumaat jadi semuanya waktu hari bekerja kecuali akak lah cuti, Johor kan......
Malam itu, majlis dimulakan dengan sembahyang Maghrib & Isyak berjemaah dan juga bacaan yassin. Makan malam kami secara potluck. Akak cuma bawa brownies sahaja, tak sempat nak masak bila anak2 bulus kat rumah tak berapa sihat. Terkejar2 dengan abang akak nak bawa pergi klinik, kesian tengoknya.

Dah selesai berjemaah, kami semua bergegas untuk makan dulu sebab masing2 memang dah kelaparan sangat. Macam2 menu yang ada, ikan bakar, ketupat, daging masak hitam, kari daging, sambal ayam, sambal sotong dan banyak lagi yang akak dah tak ingat. Masing2 makan bertambah sebab banyak menukan, semua nak rasa hehehe.......Sambil makan, mak pula potong kek monogram yang dibuat oleh cucu mak Ain, khas istimewa untuk nenek tersayang katanya, Aminnnn......
Dah selesai menjamu selera dan acara potong kek oleh mak, acara pemberian saguhati pula kepada semua kaum keluarga. Hadiah sumbangan dari adik, Fadzillah merangkap penganjur hehehe........bukan penganjur tapi penggerak kepada majlis nie, orang kuat.........
Kemudian hadiah kepada anak2 buah, dari yang paling kecik hingga yang dah belajar kolej. Hadiah sumbangan dari cucu mak yang sulung dan cucu pertama yang dah bekerja, kak Syirah. Kira hadiah sempena gaji pertama hahaha...........tak ada maknanya, dah berbulan2 kerja baru adik sepupu merasa gaji dia ^___*
Ini semua cucu-cucu mak. Seimbang boboy dan gugurl........sama-sama membesar dan hensem2 serta cun2 belaka. Ada juga yang cepat sangat membesarnya hahaha.......Semoga menjadi anak yang soleh dan solehah, anak yang berjaya di dunia dan di akhirat, hormat orang tua, menyayangi sesama saudara dan tidak lupa pada asal usul semua. Sayang semuanya selama-lamanya........
 Ini keluarga along, kurang seorang sebab berada di UUM. Tak dapat nak balik sebab ada aktiviti bersama rakan2 seperjuangan.
Ini keluarga angah, Alhamdulillah semua hadir. Yang ini banyak gugurl.......
Ini keluarga alang......keluarga kecil yang sangat happening
Ini keluarga achik, cepat membesar anak2nya.......ada pulak yang tengah melalak si Umairah tu.........entah apa ler yang tak dapat tu. Semoga kakcik cepat sembuh, baru lepas keguguran tapi gagahkan juga badan tu untuk join sama. Kakak ipar yang sangat baik dan sangat tidak berkira. Anak dara dialah yang buatkan kek nenek. Walaupun masih bersekolah tapi minatnya terserlah tu......... semoga berjaya suatu hari nanti.
 Keluarga kecik akak.....
Keluarga adik akak yang agak pemalu walaupun tak malu haha. Semoga menjadi keluarga yang bahagia selamanya
acara memotong kek hari lahir nenek. Semua cucu dok pakat mengendeng tapi bila minta suapkan nenek, semua malu2 kucing hehehe.......jadi Najat yang paling kecik sekali suapkan nenek dia......
 permainan batu seremban, semua pertama kali main semua dapat hadiah......seronok masing2......si Killah tu kenapalah panjang sangat tu, dah sama tinggi dengan mak saudara padahal baru darjah 5 hukhuk.........
 
ini untuk pemenang bola tampar dan saguhati.......akak main sampai tertonggeng terlentang bagai, suka lah budak2 nie bila mak saudara dia jatuh macam nangka busuk. Bukan senang dia orang nak tengokkan hahaha........
Suka suki sepanjang aktiviti kami. Terima kasih kepada semua yang turut menjayakan semua program yang dijalankan. Walaupun banyak lagi sukan yang tak dapat dijalankan kerana kekangan masa tapi nampaknya semua sangat2 happy. Semoga kita dapat berkumpul lagi dan akakn tetap menjadikan ia satu aktiviti sepanjang tahun, Insya Allah dengan izin Allah SWT.

Semoga aktiviti seperti ini dapat di buat berterusan agar sukan rakyat tak luput mengikut zaman dan menjadi ingatan pada generasi muda. Harap2 tahun depan dapat lagi dijalankan.








Tuesday 20 March 2018

JUS KURMA

Assalamualaikum
Pejam celik pejam celik dah masuk bulan Rejab rupanya. Hari ini sudah 3 Rejab dan kita disunatkan untuk berpuasa pada bulan ini. Selamat berpuasa kepada yang menjalani ibadah puasa. Mana kawan2 yang masih belum mengqada' puasa Ramadhan yang lalu, boleh ler mengambil kesempatan pada bulan ini untuk melangsaikan hutang puasa tu. Nampak gayanya, ramai juga rakan2 opis yang mula mengqada' puasa..........Aminnnn


Akak pun mengambil kesempatan berpuasa sunat Rejab nie. Asyik makan jer kan........bila berat badan naik mula bising sendiri merungut sendiri. Berpuasa sunat selain dari memperolehi pahala berpuasa, kita juga dapat merehatkan badan kita, usus kita juga serta dapat menyihatkan badan. Akak pun dah lama tak amalkan puasa sunat isnin & khamis, asyik bersukan sahaja. 

Buat masa ini nak rehatkan sekejap badan dari semua aktiviti sebab sukan pun bulan depan akan mula bertanding. Jadi bulan depan baru akak nak mula training. Ada dua sukan bulan depan, Piala KP 2018 & Sukan KSM Johor 2018. Harap2 akak berkesempatan untuk terlibat sama.
Semalam akak berpuasa, sahur akak cuma sediakan Jus Kurma. Alhamdulillah........akak bertahan sampai berbuka. Takut juga kalau2 akak lemau jer satu hari tapi syukur sangat2, masa berbuka pun tak makan banyak mungkin sebab kenyang lagi kot. Patutlah kawan akak, walaupun sahur minum jus kurma nie masa waktu bulan Ramadhan nampak tetap cergas.

Rupa2nya memang mengenyangkan tapi akak tak boleh amalkan sahur minum jus jer sebab takut nanti tekanan darah rendah pulak. Jus kurma akak minum, akak campur sedikit Chia Seed Organic. Akak memang selalu makan chia seed, konon2 untuk died tapi rasa macam tambah selera makan akak lagi adalah. Tu yang akak selalu buat jus baru akak campur dengan chia seed. Harap2 ia akan menjadi amalan akak selalu.
Ada yang nak resepinya, jom tengok......

JUS KURMA

5 biji kurma
1/2 cawan air suam
3 sudu besar susu tepung omega
1 1/2 sudu besar chia seed irganic

Rendam semalaman kurma dan air. 
Dah kembang kurma, boleh kisar halus dan tambah susu tepung.
Semasa hidangkan, letak chia seed. Siap.










Monday 19 March 2018

SUP KIMCHI

Assalamualaikum
Selamat pagi semua. Selamat bercuti kepada yang bercuti sepanjang minggu cuti persekolahan nie. yang bekerja selamat bekerja yer.......akak kerja tapi sekarang tengah berkursus jadi ambil kesempatan sekejap nak update blog yang suram nie........


Resepi akak kali ini masih lagi dengan citarasa korean. Akak buat Sup Kimchi malam tadi. Maklumlah, kimchi memang sentiasa ada stok dalam peti ais. Sebab abang akak tak berapa nak makan sayur, jadi sayur kimchi jer yang menjadi menu akak. Makan dengan nasi panas dan ikan bakar pun dah cukup sedap pada akak.

Resepi kimchi akak pernah kongsi dulu. Ada 2 resepi tapi rasa masih sama. Satu resepi dari kakwan dan satu lagi dari niena. Resepi yang selalu akak guna resepi niena sebab paling sempoi dan senang. Rasa tetap sama macam yang kakwan buat. Boleh tengok kat blog dia orang tu cara2 membuatnya.

Sup kimchi yang akak buat paling senang dan jimat masa. Paling pantas sekali nak siap untuk yang dah kelaparan macam akak nie yang asyik lapar je hehe..........Masuk jer air di dalam periuk, masuk kimchi dan masak hingga mendidih. Lepas tu masukkan sahaja bahan yang kita nak tambah macam yang kita selalu makan bila buat steamboat tu........dah agak mendidih dan masak, angkat dan hidangkan. Lepas tu bolehlah makan, senangkan...........nak makan bersama2 kimchi pun sedap juga.

Yang berminat boleh mencuba resepi nie. Yang nak buat menu diet pun ok nie






Thursday 15 March 2018

IKAN TONGKOL MASAK SINGGANG

Assalamualaikum
Masak apa menu malam nie? Akak masak Ikan Tongkol Masak Singgang jer......Masak yang mudah jer hari nie sebab tak sempat nak masak macam-macam bila hari bekerja nie. Akak balik kerja hari nie awal 3.30 petang, tapi akak balik lambat sebab ada latihan bola tampar jadi sampai rumah pun dah 6 lebih macam biasa, penat kerja penat memandu lagi, sangat2 penat jadi masak yang mudah jer.......campak2......gaul2......masak dah siap, jadi inilah hasilnya. Kata orang nie lauk orang sakit atau pun orang malas. Ye ke? Kalau orang malas bukan lauknya tunjuk2 ke hehehe..........

Akak pertama kali masak singgang sebenarnya. Sebelum ni akak pernah masak Nasi Dagang Gulai Ikan Tongkol kat blog lama. Jadi akak guna jer resepi merebus ikan tongkol tu. Akak cuma tambah sikit2 bahan yang selalu kawan akak masak. Dia orang kelantan jadi ada manis2 ler kan lauknya cuma yang akak buat nie akak letak gula sikit buat rasa. Kalau lauk manis2 nie akak rasa nak demam jer bila makan...........^___^
Akak masak singgang nie, akak makan seorang jer sebab abang akak tak berapa gemar. Akak pun baru-baru nie nak belajar makan masak singgang nie. Kalau kat melaka masak rebus rupa macam nie dipanggil Ikan Masak Pindang. Rasa pun lebih kurang sama jer. 

Akak rasa nanti bila nak ber'diet' akak akan jadikan resepi singgang nie sebagai salah satu menu diet akak. Kawan akak makan lauk rebus2 jer, Alhamdulillah dia boleh kurus sampai doktor cakap kurus sangat. Dia pun sekarang tengah nak bagi berisi sikit tapi dia tetap kekalkan diet untuk kekalkan tahap kesihatan dia. Akak pun akan cuba juga nak buat macam dia tapi akak akan buat betul2 bila dah tak sibuk bersukan. Bila tekanan darah rendah dah ok baru boleh nak berdiet. Suami akak cakap tak apa pun macam sekarang janji sihat tapi akak nak juga kuruskan sikit supaya masa bersenam ke, bersukan ke tak cepat pancit........
Ada yang nak resepi ke? kalau nak boleh semak kat bawah nie. Akak rasa sama jer kot dengan resepi2 orang lain atau pun dia orang punya lagi best. Boleh jer nak ikut yang mana2.......

IKAN TONGKOL MASAK SINGGANG

1 ekor ikan tongkol
1 inci kunyit hidup - hiris nipis
2 inci lengkuas - hiris nipis
1/2 inci halia - hiris nipis
2 ulas bawang putih - hiris nipis
4 asam keping
Air
garam 
gula

1. Bersihkan ikan dan potong . Perap dengan asam jawa untuk hilangkan hanyir .
2. Bila ikan dah dibersihkan dari perapan, masukkan ikan, asam keping, semua bahan yang telah dihiris dan air ke dalam periuk. 
3. Masak hingga mendidih dan masukkan garam serta gula.
4. Masak hingga semua rasa sebati dan padamkan api. Makan dengan nasi panas, nyumm....nyumm !!!!!






Thursday 8 March 2018

SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA 2018

Assalamualaikum
Lama betul akak tak bersiaran......Dengan kemalasan yang melanda dan ditambah pulak dengan tiada perkara yang nak dikongsikan, maka semakin malaplah blog akak nie tapi akak tak kisah. Blog nie akak guna pun untuk akak letak segala aktiviti yang akak lakukan dan akan akak jadikan sebagai kenangan.
Dikesempatan ini akak nak ucapkan Selamat Hari Wanita kepada ibu2 kakak2 adik2 yang dikenali mahupun yang tidak dikenali. Semoga semua kaum wanita di luar sana akan terus berjaya di dunia & juga di akhirat. Terus berjaya dengan kerjaya yang diceburi, dapat membina kelurga yang sakinah, berjaya dengan pelajaran & menjadi wanita kebanggaan semua. Hidup Wanita!!!!Hidup Wanita!!!!!!.....gituuu........
Hari ini akak & the geng pergi sambut hari wanita di Universiti Limkok Wing Cyberjaya sana yang telah dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Wanita , Keluarga & Masyarakat iaitu Yang Berhormat Datuk Sri Rohani Abdul Karim.
Ramai sungguh yang datang memeriahkan majlis tersebut tapi akak tak lama di situ sebab masing2 ada komitmen pada sebelah petang. Kiranya sebelah petang memang kami tak dapat nak sertai kami balik awal walaupun aktiviti yang disediakan memang best2.
Sempat jugalah kami berposing dengan artis dan juga selebriti yang hadir. Akak layankan jer kawan2 akak tu bagi happy sikit.
Aktiviti pertama yang kami buat, semestinya mendaftarkan diri. Daftar sahaja sebagai tanda sokongan kita pada majlis yang diadakan.
Yang seterusnya, berposingla........ini acara penting, wajib dilakukan hihihi.......memang sawan masing2 bila nak bergambar sampaikan entah cameraman dari mana ntah , pun seronok melayan kami bergambar........rajin betul dia melayankan....
Kemudian kami menuju ke pentas untuk majlis perasmian oleh Datuk Sri bacaan doa dan nyanyian lagu egaraku & lagu wanita oleh pelajar2 Lomkok Wing sendiri
Selepas ucapan Datuk Sri, diadakan pula satu sesi dialog rasanya akak tak berapa pasti. Ada juga sesi soal jawab dengan para jemputan. Akak & the geng memang tak tunggu lama masa ucapan Datuk Sri sebab kami memang dah lapar sangat. Kami makan di luar sebab ada jualan food truck. Lepas dah isi perut, kami shopping pula......
Memang banyak gerai yang dibuka. Macam2 yang dijual. Ada juga yang diberi secara percuma sebagai perkenalan kepada produk yang mereka jual.
Ini antara jualan yang menarik minat akak.
Dah penat berjalan cuci mata, kami berehat sebentar sambil tengok2 gelagat orang ramai. Sambil berehat sambil akak tengok kawan2 akak main satu permainan. Siapa yang buat aksi superhero yang sama dengan aksi yang ditunjukkan oleh rakan pengacara dikira gagal. Sekadar nak hibur2kan hati sebelum berangkat balik. Akak yang tak join pun dapat hadiah sebab akak beri sokongan pada kawan2 yang sertai......kelas gitu.....

Akhir kata dari akak, semoga semua kaum wanita di luar sana akan terus berjaya & terua berjaya.....