Nuffnang Ads

Saturday 30 December 2017

I-CITY SHAH ALAM

Assalamualaikum
Akak masih lagi dalam mood bercuti hari ini. Jalan-jalan pusing-pusing sepuasnya, kepala lutut yang sakit tak terasa pulak sakitnya. Mungkin sebab dapat berjalan dengan bahagianya kot hahaha........Pilihan kami kali ini adalah i-city Shah Alam
Dah lama betul akak tak datang i-city. Memang betul-betul lama, datang jer dah banyak betul pembangunan di kawasan tu. Last akak datang masa tu, parking kereta masih lagi kat tengah padang. Padang pun dah tak jumpa. Sampai-sampai jer terus nk cari padang nak parking hahaha.........lama sangatkan akak tak datang, mahu lebih dari 10 tahun, jakun akak sekejap mmmmm......
Akak datang awal masa tu, jadi tak semua buka lagi. Pilihan pertama akak Snowalk. Tiket masuk bagi dewasa dalam rm25, bagi kanak-kanak tak ingat pulak akak. Semua pembelian guna i-kad jadi akak bayar rm100 untuk tiket snowalk dan selebihnya boleh guna mana2 pembayaran. Oleh kerana ada promosi jadi dalam i-kad akak ada tambahan 50, jadi i-kad akak ada nilai 150.........lumayan...

Masa mula masuk akak bertahan 10 minit jer. Bersarung tangan bagai tapi akak tetap sejuk sebab sarung tangan nipis. Lupa nak bawa dari rumah jadi beli kat situ, nipis jer..........kalau nak datang snowalk kena pastikan bawa sendiri sarung tangan, stokin, kasut dan pakaian yang sesuai. 
Dah puas sejuk bekukan diri, akak ke Red Carpet pula. Layankan suami akak nak tengok selebriti katanya........tiket bagi dewasa dalam rm35 dengan menggunakan i-kad. Kalau tak ada i-kad, tiket jadi rm50. Baik beli kad, murah tapi kena pastikan nilai mencukupi. Kalau tidak kena topup kat kaunter, jauh nak ke depan balik jadi baik kena plan betul-betul apa yang kita nak lawat ataupun nak beli. 
Tak banyak selebriti yang ada. Ada yang serupa dengan selebriti sebenar dan ada yang entah siapa-siapa tak cam akak. Menurut staff di situ, ketinggian memang ikut saiz sebenar selebriti.




Friday 29 December 2017

DORSETT HOTEL PUTRAJAYA.........PERCUTIAN TERAKHIR 2017

Assalamualaikum
Selamat bercuti bagi yang bercuti hari ini. Yang bekerja tu, kerja baik2 ye di penghujung tahun nie. Yang menguruskan anak2 untuk persiapan persekolahan yang akan bermula, semoga selamat semuanya.
Akak hari nie tak bekerja, abang akak pula bercuti. Jadi kami mengambil kesempatan untuk bercuti makan angin. Tempat pilihan kami dipenghujung tahun ini adalah Putrajaya. Kami menginap di Dorsett Hotel Putrajaya. Ini pilihan suami akak, akak layan jerrr.........
Apa-apa kita check in dulu. Bersebelahan hotel nie adalah tempat shopping kompleks. Akak tak sempat lagi nak teroka tempat nie, mata dah layu sangat nie..........
Ini semua kelengkapan yang disediakan di dalam bilik. Kami checkin awal dan hanya 2 katil yang ada jadi pilih sahaja jangan banyak komplen. 

Hotel ni betul2 berdepan dengan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin atau juga dikenali sebagai Masjid Besi. 
Pemandangan tingkat 4 dari bilik kami di tingkat 6. Bilik di tingkat 4 nie siap ada balkoni lagi, cantik sangat.......tak tau lah akak tu bilik apa namanya. Kena tanya pokcik google la nanti.

Selepas  dah lepaskan segala penat lelah, selesaikan semua perkara yang patut.........kami mencari rezeki disekitar shopping mall. Tapi sebelum tu kami singgah di tingkat 9 untuk ke kolam renang dan gym. Nak tengok2 dulu........
Ramai juga orang yang mandi di kolam ni, nampaknya kalau pagi2 nie mesti lagi ramai yang datang berendam.........gambar yang lagi satu tu, nampak jambatan kan. Sebelah tu nampak tak tegak macam sebatang pensil. Itulah Monumen Millenium, di mana mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad menanam kapsul masa didasarnya.
Ini menu tengahari kami. Lewat sikit lunch kami sebab letih sangat tadi jadi tidur dululah sekejap. Cari punya cari, naik sampai ke atas, last2 patah balik ke food court juga pilihan kami. Pilihan akak ayam salai, sedapppp.......abang akak chicken chop.
Dah kenyang perut, kami cuci mata jalan2 sekitar tasik di depan hotel. Ada pula pasar malam masa tu tapi tengok sajer sebab perut dah penuh. Kami terus balik ke hotel, kaki dah lenguh badan pun dah letih jadi balik je la untuk beradu........










Wednesday 27 December 2017

SAJIAN MAKANAN HALAL ASLI DARI THAILAND & MALAYSIA 2017

Assalamualaikum
Moh kita beramai-ramai serbu ke MITC Melaka, ada Festival Makanan Thailand. Bagi sesiapa yang datang melawat ke Melaka bersama keluarga boleh lah datang singgah di sini. Festival ni khemahnya betul-betul depan Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka, sebelah MITC jer....... Festival nie dah seminggu diadakan dan penutupnya pada hari ahad nie. 

Kali ini memang best dari  tahun sebelum nie. Lebih kurang dalam 40 buah gerai disediakan. Akak baru pergi malam tadi sebab ingat macam sebelum nie, tak kena selera tu yang malas2 jer nak pergi. Tapi rata-rata kawan akak yang dah pergi, memang semua cakap sedap. Sampaikan ada yang pergi tiap2 hari, melampaukan hehehe.........
 
Nie akak pergi memantau malam tadi. Lepas isyak, kami terus bergerak. Masa akak sampai tu memang orang ramai tapi lama kelamaan makin ramai yang datang. Festival ni buka dari jam 10 pagi hingga 12 malam. Sepanjang gerai dan juga di depan pentas ada disediakan meja makan , jadi memang tak ada masalah untuk duduk makan di situ. 

Akak dengan suami, dua kali pusing baru kami order makan dan minum. Untuk order tak perlu menunggu lama, adik2 tu semua tangkas bekerja hihihi........Kat rumah dalam kepala akak macam2 nak makan tapi bila dah sampai kat khemah dah ,tak boleh nak pilih pulak. Last2 akak order kerabu maggi, jus mango dengan nasi khowmok. Suami cakap, next nanti baru rasa benda lain pulak..... ^___^........
Nie dia kerabu maggi akak. Bila tengok orang yang order semua cakap nak pedas, ewahhhh.......akak pun sama sibuk cakap dengan adik tu, adik.....akak nak pedas. Bila makan, sesudu......dua sudu.....tiga sudu......rasa macam dah nak tertanggal bibir akak. Maggi tu terus je lalu kot tekak akak, tak sempat nak kunyah. Pedasnya yang amat........rasa pedasnya kurang sikit dari makan ramen hot jer, macam nak mengamuk jer huhuhu.......Akak memang tak kuat sangat makan pedas walaupun suka pedas mmmmm.......
Yang ini pulak nasi khowmok.......memang dah lama teringin nak makan. Walaupun pertama kali akak makan, sedappp.......cuma sosnya tu manis. Kalau nak makan lagi pada akak no hal, memang sodappp.....
ini gerai yang jual jeruk, terliur kau akak tengok tapi itulah.......akak hanya mampu tengok jer sebab takut nak makan, nanti kang ada yang 'pengsan'. Nak rasa seketul dua boleh la tapi mesti adik tu tak jualkan....... jadi, bersabarlah wahai nafsu jeruk hehehe......
yang ini bahagian rojak buah, nampak sangat2 menyelerakan nyum!!!nyum!!!.......
Yang ini sebahagian dari gerai2 baju dan seluar. Sekeliling gerai makan sebenarnya adalah gerai2 pakaian. Gerai jual durian pun ada, macam-macam ada......jom datang beramai2 ke MITC Melaka.

Dah puas akak dan abang akak meronda cuci2 mata, kami hilangkan tekak dengan Jus Mango Aiskrim.
Inilah jus mango aiskrim. Jus memang terasa mangganya, tambah pulak dengan aiskrim vanila dan sedikit mangga potong. Memang terangkat........
Ini pula aiskrim kelapa. Yang ini memang betul2 sedap, tak rugi kalo yang ingin mencuba. Aiskrim tu memang betul2 rasa kelapa. Dalam erti kata lain rasa santan hihihi.......Perut dah penuh jadi makan pelan2 je la, sampai last2 aiskrim cair tu yang terasa santan. Akak memang gemar makanan yang bersantan dap....dap....






Sunday 17 December 2017

UMRAH PERTAMA 2017, ALHAMDULILLAH.........

Assalamualaikum
Alhamdulillah, dapat bersiaran lagi di sini. Kali ini akak sekadar ingin berkongsi cerita tentang pengalaman akak ketika pergi menunaikan ibadah umrah pada pertengahan bulan november yang lalu. Dah hampir sebulan akak pergi dengan menggunakan agensi Al Fajr Travel & Tours. Kalau sebelum ini akak datang untuk mengikuti kursus yang dianjurkan oleh mutawwif yang dilantik oleh pihak Al fajr, tapi Allah SWT bukakan pintu hati akak dan suami untuk turut sama menyertai para jemaah semua. Rezeki ada lebih dan keinginan tu dah datang jadi jangan lengah2 lagi, akak terus daftar je...........

Bila kawan2 tanya pengalaman pergi Makkah Al-Mukarramah, akak cuma mampu cakap nak tahu rasanya macam mana, kena pergi sendiri sebab akak tak boleh nak bercerita. Bila nak mula cerita jer air mata dah bergenang2. Akak dah rasa, akak dah alami debaran di hati tu jadi akak dah tahu macam mana rasa perasaan yang bercampur baur tu. Memang tak boleh nak digambarkan tapi sekarang baru akak boleh cerita sikit2. Rasa sekejap jer masa berada di sana, seolah2 macam akak pergi tu dalam sehari dua jer. Cepat betul masa berlalu, rasa tak puas sampai akak cakap kat suami akak nak duduk situ lama2, masam muka dia hehehe...........
Penerbangan kami bersama MH8208 jam 1 petang. Destinasi kami ke Madinah Al-Munawwarah dulu, sampai betul2 orang azan Mahgrib pada jam 5.30 malam. Beza waktu dengan Malaysia dalam 5 jam lewat maknanya Malaysia masa tu dah jam 10.30 malam. Penerbangan mengambil masa hampir 10 jam, kematu punggung hihihi.........Kami menginap di Hotel Erjwan Golden. Sampai di hotel rehat secukupnya malam tu. Dapat meluruskan badan memang satu nikmat tak terkata sebab berjam2 dalam kapal terbang akak duduk sahaja tak gerak2. 
Pertama kali menjejakkan kaki ke Masjid Nabawi, rasa macam hiba, rasa teruja, bangga dan macam2 rasa yang datang sebab macam tak percaya akak dah dapat datang ke sini, dapat datang menziarah makam Rasulullah SAW. Bila tengok wajah suami rasa macam nak senyum sampai ke telinga dan lepas tu rasa nak menangis. Macam tu lah yang akak rasa masa tu. Pasang tekad dalam hati, ini bukan kali pertama akak akan ke sini. Moga Allah permudahkan rezeki akak dan suami.
Ini antara tempat2 yang dibawa oleh Mutawwif yang mengiringi kami untuk Lawatan Luar di sekitar Kota Madinah. Antara tempat2 yang diberitahu, antaranya Jabal Uhud, Masjid Qiblatan, Masjid Tujuh dan ladang kurma serta Masjid Quba. Kami singgah di ladang kurma untuk membeli sedikit buah2an yang dijual antaranya kurma, buah zaitun, manisan, buah delima dan macam2 lagi. 
Pada esok harinya kami berangkat ke Makkah. Tak ingat akak gerak pukul berapa. Kami singgah di Bir Ali dan bermiqat umrah di situ. Setelah sampai di Makkah kami terus ke hotel penginapan iaitu Awwtad Hotel. Bila dah check in dan kemas barang2 ke dalam bilik, kami semua terus bergerak beramai2 ke Masjidil Haram bagi menunaikan umrah wajib. 

Alhamdulillah, kami selesai melakukan umrah wajib lebih kurang dalam jam 2.30 pagi. Dah selesai semua perkara akak dan suami terus balik ke hotel sebab rasa tak selesa. Walaupun masa tu hujan lebat tapi kami gagahkan juga kaki melangkah balik ke hotel, rasa satu badan dah melekit2 tak selesa. Dah bersihkan diri kami solat subuh di bilik sahaja sebab hujan masih turun walaupun tak lebat. 
Pada hari ke tiga di Makkah, pada pagi selepas bersarapan kami di bawa melawat sekitar Kota Makkah oleh mutawwif yang dilantik di Makkah. Antara tempat2 yang dilawati ialah Jabal Thur, Padang Arafah, Jabal Rahmah, Muzdalifah, Mina Jamaarat, Jabal Noor dan akhir sekali kami bermiqat di Ja'aranah. Sepanjang perjalanan, kiri kanan dipenuhi dengan gunung ganang dan padang pasir.

Yang bertanda hijau atas tu, itulah tempat di mana Nabi Ibrahim AS ingin melakukan ibadah qurban ke atas anaknya seperti yang diperintahkan oleh Allah SWT dan akhirnya ditukarkan dengan seekor kibas. Itu yang dipanggil tempat tu Jabal Qurban........Ketika melalui sekitar kawasan Mina, rasa sayu jer hati. Bila lah agaknya saya dan suami akan dipanggil untuk melakukan ibadah haji. Bila tengok khemah2 yang begitu banyak, boleh saya bayangkan dengan keadaan umat Islam ketika melakukan ibadat haji. Moga giliran kami akan tiba nanti, Aminnnn.......
Pada malamnya pula, kami dibawa melawat ke Gua Hiraq sekitar jam 10.30 malam. Lawatan yang ini tiada di dalam pakej. Ia terbuka kepada yang berminat untuk merasai pengalaman pendakian tersebut. Akak dah tak ingat berapa bayarannya, tak mahal pun. Perjalanan pendakian mengambil masa lebih kurang 1 jam. Sepanjang pendakian kita akan berjumpa dengan ramai pengemis. Sedih betul bila dengar dia merayu2 minta 1 riyal, tapi akak bawa 2 riyal jer.......tak tahukan. Pemandangan dari atas memang cantik. Kalau dapat tengok sunset mesti lagi cantik, tak apa next trip hehehe......
Pada esoknya kami membuat lawatan lagi. Kali ini ke Udaibiyah dan Muzium Haramain. Dalam perjalanan ke Udaibiyah kami singgah di ladang ternakan unta. Di tepi jalan jer unta2 tu. Selepas dah berposing bagai dengan unta kami ke Udaibiyah bagi bermiqat di situ. Dah selesai solat sunat dan niat umrah, kami ke muzium tapi sayang tak dapat nak masuk sebab belum masa untuk lawatan kecuali ada surat kebenaran yang di mohon oleh pihak agensi. Taka ada rezeki namanya tu........Balik ke Masjidil Haram buat umrah lagi baguskan hehehe.........takut nanti kalau lengah2, terbuat pulak benda2 yang dilarang di dalam ihram.  

Pada hari terakhir kami di Makkah, kami melakukan tawaf wida'. Dalam pukul 10 pagi kami bergerak ke Airport Jeddah untuk penerbangan balik . Awal2 lagi kami dah bertolak sedangkan penerbangan kami pada jam 8.50 malam. Penerbangan balik kami dengan Nesma Airlines yang memang ada mou dengan pihak Al Fajr Travel. Kami tiba di KLIA dalam pada jam 10 pagi dengan selamatnya. Cuma akak jer tak selamat sebab terkena sakit mata semasa di dalam flight, nasib nasib.........mc 3 hari hehehe...........

Inilah serba sedikit kenangan akak dan suami ketika menunaikan umrah buat julung kalinya. Macam2 kenangan dan pengajaran akak dapat. Dapat kenal umat islam dari seluruh dunia, dapat kenal berbagai ragam manusia yang ada masanya betul2 menguji kesabaran kita. Semoga akak diberi rezeki lagi pada masa akan datang, untuk menjadi tetamu Allah SWT di sini Aminnnn........