Nuffnang Ads

Wednesday 17 January 2018

KIMCHI.......LAGI!!!!!

Assalamualaikum
Bersiaran lagi kita........
Kimchi lagi.....kawan2 akak komen. Buat lah kek pulak kak. Maaflah ye.......no kek kek, diet.....*___*.....jangan jemu yer dengan kimchi akak. Akak memang suka makan dan suka buat walaupun abang akak tak makan sayur. Orang tak suka kita makan je la kan.......

Kek........memang dah lama akak tak buat. Doktor pun tak bagi dah akak makan berlemak selalu, kena kurangkan sebab bacaan kolestrol yang sentiasa bertambah bila check-up walaupun masih di tahap ok tapi kena berhati2 sebab usia yang meningkat nie. Jadi mana kawan2 yang nak kek tu, kena bersabar ye........ada keizinan nanti akak buat. Sekarang nie kita layan sayur2an je ye........

Kimchi akak dah selalu buat. Bila habis je akak buat, dalam kuantiti yang sedikit. Sebelum nie akak pernah post dan akak guna resepi nizan. Kali ini resepi dari blog kak wan. Selalu juga guna resepi kakwan cuma kali nie baru nak kongsi hehehe......jom tengok resepi......

KIMCHI
Sumber : Kak Wan , Niena Sofea

Bahan-bahan
3 biji kobis napa
1 cawan garam
1. Kobis belah dua. Buang bahagian tengah yang keras dan belah dua lagi. Potong saiz makan.
2. Cuci kobis dan kemudian toskan. Masukkan kobis dalam mangkuk dan taburkan garam. Gaul semua hingga sekata.
3. Perapkan kobis selama 2 jam, gaulkan setiap 30 minit agar rasa masin akan sekata.
4. Selepas 2 jam, bilas kobis bersih-bersih. Tapis dan simpan sebentar.

Pes Tepung Beras
3 cawan air
1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan gula
1. Satukan tepung beras dan air, kacau hingga larut.
2. Masak di atas api kecil hingga pekat.
3. Masukkan gula dan gaul hingga rata. Ketepikan.

Pes Kimchi
1/2 cawan bawang putih
1 inci halia
1 biji bawang besar - akak guna bawang hollan
1 cawan sos ikan
serbuk cili - akak letak 1 1/2 cawan
ikan bilis - akak tak letak
1. Cincang kasar bawang putih, halia dan bawang besar. Masukkan ke dalam pengisar bersama-sama sos ikan dan kisar halus.
2. Gaulkan bersama cili kisar. Setelah itu campurkan bersama pes tepung beras tadi dan gaul hingga sebati. Jika kurang pedas boleh tambah lagi serbuk cili.

Bahan Sampingan
3 ikat daun kucai
7 batang daun bawang
2 biji lobak merah
1 biji lobak putih
1/2 biji capsicum hijau - akak tambah
1/2 biji capsicum merah - akak tambah
1 biji buah pear - akak tambah
1. Potong daun bawang dan daun kucai dalam 1 inci. Sagat atau hiris lobak merah dan juga lobak putih. Lobak putih akak potong empat dan hiris kasar. Lobak merah satu akak sagat dan satu akak potong memanjang.
2. Capsicum akak potong empat dan hiris panjang.
3. Buah pear akak sagat.
 
Cara-cara Penyediaan :
1. Masukkan kobis dan bahan sampingan ke dalam mangkuk besar.
2. Pes Kimchi dan Pes tepung Beras gaul sebati.
3. Masukkan campuran pes ke dalam campuran kobis dan gaul sekata. Gaul guna tangan agar campuran betul-betul sebati. Guna sarung tangan takut nanti tangan pijar.
4. Dah siap gaul, rasa masin, manis dan pedas cukup boleh simpan dalam bekas kedap udara. Masukkan hingga penuh dan tekan hingga padat supaya tidak ada ruang udara untuk mengelakkan Kimchi dari berkulat.
5. Simpan di dalam peti sejuk selama 3 hari  baru sedap untuk dinikmati.
6. Boleh di hidang bersama nasi, boleh dibuat sup kimchi, stew, lempeng ataupun nasi goreng.
Ok, inilah hasilnya setelah digaul2 dengan penuh kasih sayang hehehe..........Dah gaul, dah cukup semua rasa pedas, masin dan manis bolehlah simpan terus dalam bekas kedap dan disimpan di dalam peti sejuk.
 


SELAMAT MENCUBA







Wednesday 10 January 2018

KEMALANGAN MAUT DI MERSING, PERGINYA SEORANG SAHABAT


Assalamualaikum
Innalillahiwainalillahirojiun
Al Fatihah buat sahabat akak, Ahmad Azham Bin Muhammad yang telah kembali kepada Maha Pencipta pada awal pagi tadi kerana kemalangan maut di Mersing. Kemalangan berlaku ketika arwah di dalam perjalanan menghantar anak sulung ke sekolah. Kereta arwah dilanggar dari arah depan oleh treler yang mengelak dari bertembung kereta lain yang keluar simpang. Anak arwah di dalam keadaan parah, cedera di muka dan patah tulang peha. Yang bertambah sedih lagi hati akak bila dapat tahu yang isteri arwah sedang mengandung. Sedihnya........

Ya Allah, dariMu kami datang, kepadaMu juga kami kembali. Ya Allah, tempatkan arwah dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Semoga Allah SWT menghapuskan dosa-dosa arwah dan beri juga kesembuhan kepada anak arwah.....Aminnnnn. Salam takziah buat semua keluarga.





Wednesday 3 January 2018

MASALAH DOWNLOAD @ UPDATE WHATASPP PADA HANDPHONE

Assalamualaikum
Hari ini akak nak berkongsi satu ilmu. Ilmu bagaimana nak meng'update' atau nak download whatsApp pada telefon bimbit anda. Bagi akak, perkara ini amat penting sebab akak memang menggunakannya pada setiap masa. Segala maklumat tentang kerja ke, keluarga ke atau apa2 maklumat memang melalui aplikasi nie. 

Masalah akak pada mulanya, semua aplikasi di dalam handphone bila akak nak update tak boleh. Memang dia suruh update tapi bila akak tekan update dia akan keluar 'Authentication' dan di suruh 'sign in' pada akaun google. Bila akak dah sign in tetap tak boleh juga. Mula2 tu akak buat tak tahu jer sebab ingat tak ada apa masalah. Tapi bila message yang dihantar atau yang di terima asyik 'failed' sahaja........aahhhh sudah........satu hari juga akak menggodeh tapi tak berjaya. Esok pergi kerja minta tolong kawan yang memang pakar IT, seminit je dah settle...........^____^.........

Meh sini akak ajar caranya, kot-kot lah nanti ada juga yang hadapi masalah macam akak nie.........
Mula-mula sekali klik pada setting.......

Lepas tu cari sampai jumpa perkataan Accounts & Sync tu, klik kat situ..........

Ok, dah keluar macam nie, klik pada google...........
Bila klik pada google, dia akan paparkan email kita macam di atas tu........di sinilah puncanya kenapa akak tak boleh nak update selama ini sebab di bahagian ini ada lebih dari satu email, jadi dia tak boleh nak pilih. Lepas akak dah delete semua email yang tak diperlukan dan tinggal email yang memang aktif.........baru lah kerja selesai. Yang atas tu jer tinggal email yang memang selalu guna.......
ini cara nak delete email yang tak diperlukan. Klik pada email yang nak di delete dan akan keluar macam di atas, klik remove acct......settle......mudahkan


SELAMAT MENCUBA






Tuesday 2 January 2018

LIGHT AND MOTION PUTRAJAYA 2017


Assalamualaikum
Minta maaf la ye, nie n3 tertunda sebab handphone buat hal pulak hari tu. Akak nak juga post kat sini sebab ini julung2 kali akak datang tengokkan. Next time belum tentu akak berpeluang lagi nak datang sini walaupun abang akak janji nak bawa lagi datang sini, InsyaAllah........

Walaupun siang dah penat berjalan, malam tu merupakan malam terakhir akak kat putrajaya jadi akak gagahkan juga kaki pergi tengok festival pencahayaan iaitu Festival Light And Motion Putrajaya 2017 ataupun LAMPU 2017. Tempatnya tak jauh pun dari hotel penginapan kami, belakang hotel jer.....Patut ler akak tengok lepas isyak parking kereta dah penuh depan hotel. Memang sesak betul dengan orang ramai yang datang berkunjung.

Festival nie tiap-tiap tahun di buat tapi 2017 baru kami berkesempatan datang menyaksikan LAMPU. Kawan akak cakap yang tahun ini tak secantik tahun2 sebelumnya, entah tak tahu.......yang pasti orang memang sesak. Akak meronda dari hujung jalan hingga ke hujung jalan. Lepas tu food truck pun memang banyak. Akak tengok adik2 yang berniaga di food truck tak menang tangan, ada juga yang beratur panjang. Memang banyak pilihan makanan dan minuman.