Hari ini betul2 menyedihkan hati akak. Kucing jalanan yang akak bela dari hari pertama lahir hingga ke bulan yang ke 4, tiba2 pergi meninggalkan akak tanpa akak ketahui apa puncanya. Memang betul2 buat akak banjir pagi tadi. Nie baru akak rasa tenang sedikit. Kawan2 kat pejabat semua dah geleng kepala tengok akak yang hiba bebenor.......
Kucing pertama akak bela bila ibu dia Omot beranak di bawah pokok pisang dalam kawasan rumah akak hujung tahun lepas. 5 ekor semuanya adik beradik dia, Oyen, Otam, Ompok, Okin dan Ocu. Ompok dah mati masa usia baru 3 minggu dan Ocu hilang lepas umur 1 bulan. Sekarang nie Oyen pulak dah tinggalkan akak. Sedih yang amat rasanya huhuhu.......
Oyen masa kecik memang manja sangat. Nak tidur pun dalam kain. Kalau kita tengah duduk bersila, senyap2 dia datang terus landing dalam kain. Akak memang biarkan sebab dia selalu demam dan kurang aktif. Manja dan malas juga dia tu.
Bila umur dah 3 bulan akak bawa pergi vaksin. Balik dari veterinar, terus hilang semuanya malam tu. Cuma Okin sahaja balik ke rumah esoknya. Selepas seminggu baru yang lain balik. Semenjak itu Oyen dah jadi aktif sangat tapi dah tak nak di pegang atau di peluk. Dia dah macam jadi sombong dan akak selalu geram kat dia. Memang selalu kena picit2 dengan akak tapi sekarang mmmm.........
Masa pagi tadi, sebelum ke tempat kerja akak bagi makan semuanya. Tapi Oyen tak datang2. Selalu dia duduk bawah kereta dan tunggu akak jemput dia, baru dia datang makan. Tapi pagi tadi dia tak muncul2. Satu rumah akak cari, rupa2nya abang akak nampak dah terbaring di atas jalan raya depan rumah. Hiba betul akak tengok. Sampai lencun tudung akak, akak menangis.
Semua kucing tu tak nak tidur dalam rumah kecuali Okin sahaja. Sebab dah biasa selama seminggu semua tu hilang, Okin tidur dengan akak. Bila dah balik adik beradik dia, dia pun tak nak tidur dalam rumah. Dah jadi macam nie, memang akak paksa lah tidur dalam rumah. Rasa macam tak sanggup nak rasa kehilangan lagi. Memang down akak sehari nie........
Patutlah ada yang melalak kat dalam facebook tu bila kucing dia orang mati. Sekarang baru akak rasa, baru akak tahu bagaimana perasan dia orang semua tu. Akak nie kira kucing jalanan pun dah menangis bagai, kalau yang memang bela dalam rumah.........hai entah lah.....
Semoga Oyen tenang di sana. Allah lebih menyayangi Oyen.......jumpa di syurga nanti sayang. Doakan mummy...............
Oyen tetap di hati