Selamat pagi semua. Selamat bercuti kepada yang bercuti sepanjang minggu cuti persekolahan nie. yang bekerja selamat bekerja yer.......akak kerja tapi sekarang tengah berkursus jadi ambil kesempatan sekejap nak update blog yang suram nie........
Resepi akak kali ini masih lagi dengan citarasa korean. Akak buat Sup Kimchi malam tadi. Maklumlah, kimchi memang sentiasa ada stok dalam peti ais. Sebab abang akak tak berapa nak makan sayur, jadi sayur kimchi jer yang menjadi menu akak. Makan dengan nasi panas dan ikan bakar pun dah cukup sedap pada akak.
Resepi kimchi akak pernah kongsi dulu. Ada 2 resepi tapi rasa masih sama. Satu resepi dari kakwan dan satu lagi dari niena. Resepi yang selalu akak guna resepi niena sebab paling sempoi dan senang. Rasa tetap sama macam yang kakwan buat. Boleh tengok kat blog dia orang tu cara2 membuatnya.
Sup kimchi yang akak buat paling senang dan jimat masa. Paling pantas sekali nak siap untuk yang dah kelaparan macam akak nie yang asyik lapar je hehe..........Masuk jer air di dalam periuk, masuk kimchi dan masak hingga mendidih. Lepas tu masukkan sahaja bahan yang kita nak tambah macam yang kita selalu makan bila buat steamboat tu........dah agak mendidih dan masak, angkat dan hidangkan. Lepas tu bolehlah makan, senangkan...........nak makan bersama2 kimchi pun sedap juga.
No comments:
Post a Comment