Pejam celik pejam celik dah masuk bulan Rejab rupanya. Hari ini sudah 3 Rejab dan kita disunatkan untuk berpuasa pada bulan ini. Selamat berpuasa kepada yang menjalani ibadah puasa. Mana kawan2 yang masih belum mengqada' puasa Ramadhan yang lalu, boleh ler mengambil kesempatan pada bulan ini untuk melangsaikan hutang puasa tu. Nampak gayanya, ramai juga rakan2 opis yang mula mengqada' puasa..........Aminnnn
Akak pun mengambil kesempatan berpuasa sunat Rejab nie. Asyik makan jer kan........bila berat badan naik mula bising sendiri merungut sendiri. Berpuasa sunat selain dari memperolehi pahala berpuasa, kita juga dapat merehatkan badan kita, usus kita juga serta dapat menyihatkan badan. Akak pun dah lama tak amalkan puasa sunat isnin & khamis, asyik bersukan sahaja.
Buat masa ini nak rehatkan sekejap badan dari semua aktiviti sebab sukan pun bulan depan akan mula bertanding. Jadi bulan depan baru akak nak mula training. Ada dua sukan bulan depan, Piala KP 2018 & Sukan KSM Johor 2018. Harap2 akak berkesempatan untuk terlibat sama.
Semalam akak berpuasa, sahur akak cuma sediakan Jus Kurma. Alhamdulillah........akak bertahan sampai berbuka. Takut juga kalau2 akak lemau jer satu hari tapi syukur sangat2, masa berbuka pun tak makan banyak mungkin sebab kenyang lagi kot. Patutlah kawan akak, walaupun sahur minum jus kurma nie masa waktu bulan Ramadhan nampak tetap cergas.
Rupa2nya memang mengenyangkan tapi akak tak boleh amalkan sahur minum jus jer sebab takut nanti tekanan darah rendah pulak. Jus kurma akak minum, akak campur sedikit Chia Seed Organic. Akak memang selalu makan chia seed, konon2 untuk died tapi rasa macam tambah selera makan akak lagi adalah. Tu yang akak selalu buat jus baru akak campur dengan chia seed. Harap2 ia akan menjadi amalan akak selalu.
Ada yang nak resepinya, jom tengok......
5 biji kurma
1/2 cawan air suam
3 sudu besar susu tepung omega
1 1/2 sudu besar chia seed irganic
Dah kembang kurma, boleh kisar halus dan tambah susu tepung.
Semasa hidangkan, letak chia seed. Siap.
ajoqq^^com
ReplyDeletemau dapat penghasil4n dengan cara lebih mudah....
mari segera bergabung dengan kami.....
di ajoqq^^com...
segera di add black.berry pin 58CD292C.