Assalamualaikum
Selamat pagi semua. Alhamdulillah selesai sudah Family Day, Jalinan Ukhwah Sidek & Lijah 2018. Family Day merangkap sambuatan hari lahir mak yang ke 73. Semoga mak dipanjangkan usia dan diberi kesihatan yang baik. Diharap ukhwah yang terjalin dapat mengukuhkan dan mengeratkan lagi kemesraan yang sedia terjalin di dalam keluarga kami. Semoga kekeluargaan kita diberkati dan dirahmati Allah SWT.
Kami menginap di Ancasa Residences Port Dickson. 4 apartment di tempah yang menempatkan 2 bilik untuk 2 buah keluarga. Kami daftar masuk pada jam 3.30 petang. Ada yang dari Melaka, Klang dan Puchong sebab chek in hari jumaat jadi semuanya waktu hari bekerja kecuali akak lah cuti, Johor kan......
Malam itu, majlis dimulakan dengan sembahyang Maghrib & Isyak berjemaah dan juga bacaan yassin. Makan malam kami secara potluck. Akak cuma bawa brownies sahaja, tak sempat nak masak bila anak2 bulus kat rumah tak berapa sihat. Terkejar2 dengan abang akak nak bawa pergi klinik, kesian tengoknya.
Dah selesai berjemaah, kami semua bergegas untuk makan dulu sebab masing2 memang dah kelaparan sangat. Macam2 menu yang ada, ikan bakar, ketupat, daging masak hitam, kari daging, sambal ayam, sambal sotong dan banyak lagi yang akak dah tak ingat. Masing2 makan bertambah sebab banyak menukan, semua nak rasa hehehe.......Sambil makan, mak pula potong kek monogram yang dibuat oleh cucu mak Ain, khas istimewa untuk nenek tersayang katanya, Aminnnn......
Dah selesai menjamu selera dan acara potong kek oleh mak, acara pemberian saguhati pula kepada semua kaum keluarga. Hadiah sumbangan dari adik, Fadzillah merangkap penganjur hehehe........bukan penganjur tapi penggerak kepada majlis nie, orang kuat.........
Kemudian hadiah kepada anak2 buah, dari yang paling kecik hingga yang dah belajar kolej. Hadiah sumbangan dari cucu mak yang sulung dan cucu pertama yang dah bekerja, kak Syirah. Kira hadiah sempena gaji pertama hahaha...........tak ada maknanya, dah berbulan2 kerja baru adik sepupu merasa gaji dia ^___*
Ini semua cucu-cucu mak. Seimbang boboy dan gugurl........sama-sama membesar dan hensem2 serta cun2 belaka. Ada juga yang cepat sangat membesarnya hahaha.......Semoga menjadi anak yang soleh dan solehah, anak yang berjaya di dunia dan di akhirat, hormat orang tua, menyayangi sesama saudara dan tidak lupa pada asal usul semua. Sayang semuanya selama-lamanya........
Ini keluarga along, kurang seorang sebab berada di UUM. Tak dapat nak balik sebab ada aktiviti bersama rakan2 seperjuangan.
Ini keluarga angah, Alhamdulillah semua hadir. Yang ini banyak gugurl.......
Ini keluarga alang......keluarga kecil yang sangat happening
Ini keluarga achik, cepat membesar anak2nya.......ada pulak yang tengah melalak si Umairah tu.........entah apa ler yang tak dapat tu. Semoga kakcik cepat sembuh, baru lepas keguguran tapi gagahkan juga badan tu untuk join sama. Kakak ipar yang sangat baik dan sangat tidak berkira. Anak dara dialah yang buatkan kek nenek. Walaupun masih bersekolah tapi minatnya terserlah tu......... semoga berjaya suatu hari nanti.
Keluarga kecik akak.....
Keluarga adik akak yang agak pemalu walaupun tak malu haha. Semoga menjadi keluarga yang bahagia selamanya
acara memotong kek hari lahir nenek. Semua cucu dok pakat mengendeng tapi bila minta suapkan nenek, semua malu2 kucing hehehe.......jadi Najat yang paling kecik sekali suapkan nenek dia......
permainan batu seremban, semua pertama kali main semua dapat hadiah......seronok masing2......si Killah tu kenapalah panjang sangat tu, dah sama tinggi dengan mak saudara padahal baru darjah 5 hukhuk.........
ini untuk pemenang bola tampar dan saguhati.......akak main sampai tertonggeng terlentang bagai, suka lah budak2 nie bila mak saudara dia jatuh macam nangka busuk. Bukan senang dia orang nak tengokkan hahaha........
Suka suki sepanjang aktiviti kami. Terima kasih kepada semua yang turut menjayakan semua program yang dijalankan. Walaupun banyak lagi sukan yang tak dapat dijalankan kerana kekangan masa tapi nampaknya semua sangat2 happy. Semoga kita dapat berkumpul lagi dan akakn tetap menjadikan ia satu aktiviti sepanjang tahun, Insya Allah dengan izin Allah SWT.Semoga aktiviti seperti ini dapat di buat berterusan agar sukan rakyat tak luput mengikut zaman dan menjadi ingatan pada generasi muda. Harap2 tahun depan dapat lagi dijalankan.
ajoqq^^com
ReplyDeletemau dapat penghasil4n dengan cara lebih mudah....
mari segera bergabung dengan kami.....
di ajoqq^^com...
segera di add black.berry pin 58CD292C.