Nuffnang Ads

Wednesday 18 April 2018

KEJOHANAN SUKAN ILJTM PIALA KETUA PENGARAH JTM

Assalamualaikum
Alhamdulillah, tamat sudah sukan ILJTM bagi merebut Piala Ketua Pengarah JTM pada jumaat dan sabtu lepas. Sukan yang dipertandingkan adalah bola sepak dan juga bola tampar wanita. ILP Tangkak, julung2 kalinya menyertai kejohanan sukan ini. Alhamdulillah, kami berjaya ke peringkat akhir bagi merebut tempat ke 3 dan ke 4. Bukan rezeki kami, kami hanya berjaya menduduki tempat ke 4 dari 9 penyertaan ILJTM dan kami satu2nya wakil zon selatan.....^___^

Bola sepak awal2 lagi dah bungkus, almaklum ler masing2 perut dah ke depan hahaha........akak pun bukan pandai sangat main tapi dah tak ada yang dapat hadirkan diri untuk main, akak lah jadi pilihan. Latihan pun cuma 2 minggu jer, tu yang kalah tu hihihi.......dapat no 4 pun dah kira sebagai pembakar semangat untuk perlawanan yang akan datang bulan september nanti.
 
 
Terdapat 9 penyertaan dari ILJTM seluruh Malaysia.  Hanya suku sahaja yang menyertai kejohanan ini. Mungkin kengkangan waktu agaknya, itu yang tak banyak sertai. Kami hanya hantar pemain cukup-cukup 9 orang tanpa ada jurulatih dan pengurus bersama. Tapi pasukan yang lain hantar seramai 12 orang. Sedihkan, kami berdikari sungguh, siap boleh minta tolong jurulatih institut lain bantu merangkap kawan akak. Nasib dia bermurah hati membantu kami yang hilang arah hahaha........tapi syukur Alhamdulillah tiada kecederaan yang terjadi. Sekadar sakit2 badan itu lumrah lebih2 lagi kami yang dah berumur nie. Lagipun kami sekadar mencari pengalaman untuk penyertaan sukan bola tampar di Melaka nanti pada bulan september akan datang. Harap2 kami akan mendapat kejayan nanti.
Bangga akak sekejap walaupun tempat ke 4 dengan latihan kami hanya 2 minggu sahaja. Mungkin sudah rezeki kami ke tahap itu. Akak bangga walaupun orang tak bangga hihihi.......







2 comments:

  1. ajoqq^^com
    mau dapat penghasil4n dengan cara lebih mudah....
    mari segera bergabung dengan kami.....
    di ajoqq^^com...
    segera di add black.berry pin 58CD292C.

    ReplyDelete