Nuffnang Ads

Sunday 15 April 2018

REUNION KELUARGA YEOP SAIDIN'S 2018

Assalamualaikum
Alhamdulillah, tercapai hajat keluarga pak mertua untuk berhimpun beramai2 pada hari sabtu yang lepas bagi menyambut kedatangan abang beliau yang hampir 19 tahun tidak bertemu. Ini kerana abang pak mertua yang mesra dipanggil Ayah Odak dikalangan anak2 buah, telah menetap di United Kingdom. Majlis reunion di buat secara kecil-kecilan di rumah saudara di Taiping Perak. Memang ramai yang hadir pada majlis ini sebab inilah peluang yang mereka ambil semua ahli keluarga untuk berjumpa dan berkenalan dengan saudara yang lama terpisah jauh.
Selama hampir 14 tahun perkahwinan akak, ini pertama kali akak berjumpa dengan Ayah Odak suami. Memang saling tak tumpah rupa pak mertua, adik beradikkan. Ayah Odak datang bersama isteri dan juga cucu perempuannya. Sewaktu perjumpaan, memang ramai yang datang dan rata2 kebanyakannya memang akak tak kenal. Tak tahu dari ceruk mana datangnya hahaha...........

Semoga silaturrahim yang terjalin akan berpanjangan dan dikekalkan hingga ke hujung nyawa.





1 comment:

  1. mari gabung bersama kami di Aj0QQ*c0M
    BONUS CASHBACK 0.3% setiap senin
    BONUS REFERAL 20% seumur hidup.

    ReplyDelete