Nuffnang Ads

Friday 6 April 2018

PERCUTIAN DI HATYAI 2018

Assalamualaikum
Salam mesra dari Hatyai, Thailand.......tak adalah, akak dah balik pun pagi selasa lepas. Akak ikut rombongan yang kawan suami buat. Memang perancangan akak selepas balik dari mengerjakan umrah, akak nak melancong ke Krabi dan seterusnya ke Hatyai. Alang2 dah ada yang buat trip, akak & suami join jer walaupun tak ke Krabi. Mungkin rezeki ke Krabi di lain waktu kot.........
Trip nie selama 4 hari 3 malam yang dikendalikan oleh Caravan Serai dengan menaiki bas. Tambang pun murah sangat akak rasa, rm450 termasuk sarapan pagi dan makan tengahari sepanjang di Hatyai............murahkan?

Kami bertolak dari Melaka ke Hatyai dari 8.00 malam dan sampai di Hatyai lebih kurang jam 10 pagi. Punyalah lama perjalanannya baru sampai. Nak ke Hatyai tu dah memang jauhkan tapi yang tak syoknya bila ada makcik2 bawang yang selamba dia jer lewat2kan masa. Pemandu pelancong dah bagi masa 1 jam untuk ke tandas, solat ataupun makan tapi dia boleh duduk lagi lepak2. Sampai orang kena pergi jemput cakap bas dah nak jalan, baru nak bangun. Lepas tu bukan nak minta maaf, boleh pulak gelak2 siap cakap "dia orang tunggu kita lah". Rasa nak terbakau je hati. Orang macam ni pun ada........

Malas nak cakap pasal makcik2 bawang nie. Akak nak cerita pengalaman akak ke Hatyai jer, melalut pulak pasal makcik bawang yang buat semua orang stressss..........
Masa pergi kami masuk ikut padang besar dan bersarapan di Padang Besar. Selepas itu kami ke imegresen. Memang terpaksa beratur panjang untuk pelepasan imegresen. Untuk ke kaunter express tutup pulak, terpaksa lah berbaris hampir 1 jam juga lah.
Sebelum kami check in hotel, kami makan tengahari dulu di Restoren Tamrab Muslim. Ada banyak juga restoren halal di sini. Jadi tak ada masalah bagi yang nak datang secara backpackers ke Hatyai ni.
Banyak juga menu yang disediakan. Kebanyakannya menu ala2 kelantan lah, sempadankan.........
Penginapan kami di Hotel Daiichi. Jangan tanya berapa bintang, bayar pun ciput kan hahaha.........jadilah dari tak ada kan. Kebetulan masa kami datang, memang ramai orang, ada taklimat budak2 universiti.
Selepas dah masuk bilik dan menunaikan semua perkara yang tertangguh, kami pergi pula ke Nora Plaza. Tempat menjual barangan tempatan. Akak tak membeli pun sebab banyak sangat gambar gajah yang dilabelkan pada barangan yang di jual sebagai simbolik negara Thai. Memang tak lah kan, kalau gambar meowwwww.........memang akak rembat 5 terus hihihi.......
Kemudian kami ke Kilang Kacang Gajus. Beli kekacang yang banyak di jual dan murah sikit. Rugi akak tak dapat beli macam2 sebab duit bawa sikit. Nak pergi atm tak boleh juga sebab lupa nak bagitahu bank nak buat pengeluaran di Thailand. Akak beli mana yang perlu sajer.....
Seterusnya kami ke Floating Market. Di sini menjual berbagai2 jenis makanan Thai yang dimasak di atas perahu. Macam2 yang akak rasa tapi tak boleh nak makan sebab masin sangat pada akak. 3 kali akak beli air sebab nak hilangkan rasa sos ikan yang kuat sangat. Yang di atas darat pun ada juga jual berbagai makanan tapi akak tak semapat nak tengok sebab dah nak balik.
Sewaktu mula2 sampai di Floating Market,  ada persembahan tarian oleh anak2 tempatan. Ceria muka masing2 walaupun kepenatan melakukan persembahan berulang kali. Comel masing2.........
Sebelah malam pula acara bebas jadi akak ke Asean Night Bazaar. Memang rambang mata bila ke sana. Tak tahu nak pilih apa, banyak sangat barang yang di jual. Akak main beli jer apa yang berkenan, murah2.......
Pada keesokannya kami ke Chang Puak Camp untuk menaiki gajah. Sebelum itu kami bersarapan dahulu di Sami Kitchen. Sami tu nama orang yer bukan sami buddha tu yer, jangan salah faham hihi........menu biasa2 jer tapi akak suka kuih muih dia, sedap2 rasanya.......
Nampak tak kuih dia, comel2 belaka......
Setelah siap bersarapan, kami terus ke Chang Puak Camp. Tak jauh pun dari Sami Kitchen. Masa kami tiba baru ada satu bas yang datang. Kira tak ramai orang lagi sebab awal pagi lagikan.......
Muka ada senyum........yang sebenarnya takut tapi masa ni gajah tengah berhenti sebab nak yak.........hahaha, haru jer. Ingat akak boleh tenteram ke duduk atas gajah tu. Tak ada maknanya, gajah jalan jer akak dua2 tangan dah pegang palang. Dia berhenti jer baru akak dapat nak berselfie bagai hehehe......Akak dah lupa pulak nama gajah tu tapi dia betina dan masih muda lagi.
Dah dapat satu round naik gajah, kami diberi makan sedikit buah sebagai buah tangan. Selepas itu kami beri makan pisang pada anak2 gajah. Bijak betul masing2, nak makan pisang buka kulit pisang guna belalai dia jer..........comel sangat.......
Disamping tu, boleh juga berlatih menembak. Akak memang tersasar semuanya hehehe............
Kemudian kami menuju ke Tang Kuan Hill, menaiki cable car. Dari puncak bukit kita boleh nampak pemandangan bandar Songkhla dan persisiran pantainya. Memang cantik pemandangan.....
Sebelum kami meneruskan perjalanan ke pantai Songkhla, kami makan aiskrim kelapa yang sedap amat di bawah bukit Tang Kuan. Makan aiskrim masa tengah panas bersama secawan air kelapa, memang nikmat tak terkatalah hahaha...........memang sedap yang amat.........
Sampai di pantai Songkhla, tak ramai yang mandi manda. Mungkin sebab panas kot sebab dah tengahari. Tapi kalau kat Melaka, matahari tegak atas kepala pun orang tetap juga mandi........kami bergambar beramai2 bersama patung ikan duyung yang mengikut kepercayaan orang2 tempatan, kalau sentuh akan dapat jodoh. Kecoh para suami, buat lawak kat depan patung hehehe...........sajer nak menyakat isteri masing2 haha......
Kemudian kami makan tengahari di restoran steamboat, Singhanakorn Hot Pot. Banyak sungguh makanan yang disediakan. Sebanyak 99 jenis makanan yang disediakan. Memang tak larat nak makan. Masing2 semua dah kelaparan sangat, sampai tak ada siapa pun yang snap gambar makanan yang disediakan hehehe.......kalau tengok makanan yang disediakan , memang buat kita nak rasa semua makanan. 

Akak makan semua kerabu yang ada. Memang sedap sangat........daging dan ayam grill pun sedap tapi kami tak bertambah sebab nak rasa makanan yang lain juga. Akak tak tahu berapa harga sekepala sebab semua dah kira dalam package. Apa pun tak rugi makan di sini, memang terangkat.......
Destinasi kami seterusnya adalah ke kilang madu. Sama jer macam madu kat melaka, jadi akak tak beli dan pulus pun tak bawa banyak sebab akak tak tahu nak bajet. Akak cuma beli kopi dan sedikit jajan.

Seterusnya kami kembali ke hotel untuk berehat, membersihkan diri dan menunaikan perkara yang wajib. Akak dapat berehat sekejap sebab memandangkan malam adalah acara bebas, jadi akak akan ke Lee Garden untuk makan udang goreng tepung.
 Teruja tak tengok udang2 tu. Dia di jual di gerai2 tepi jalan. Akak membayangkan macam pasar malam tapi tak banyak gerai pun yang di buka. Tapi orang memang ramai yang datang untuk makan udang goreng tepung ataupun makanan thai yang lain.
Malam tu kami pekena udang goreng tepung, pulut durian, air sarang burung & air sarang burung kelapa. Boleh lah untuk nak merasa. Bagi akak lagi sedap kat kedai ikan bakar melaka hihihi........
Kami balik dengan menaiki tuktuk, dalam 20 bath seorang. Sejuk jer bila kena angin malam Hatyai.







6 comments:

  1. time bercuti ni akk tukar duit malaysia ke thailand berapa banyak eik?? akk spend ada x dalam rm 300??

    ReplyDelete
  2. Saya pun nak tanya soalan sama. Berapa rm perlu tukar duit kalau setakat makan-makan?

    ReplyDelete
  3. Kalau sekadar nk mkn rm 200 pun dah cukup untuk 3 hari

    ReplyDelete
  4. sy pergi dulu,makan2 + jln2 tukar rm300 je.. tu pn ada balance

    ReplyDelete
  5. ajoqq^^com
    mau dapat penghasil4n dengan cara lebih mudah....
    mari segera bergabung dengan kami.....
    di ajoqq^^com...
    segera di add black.berry pin 58CD292C.

    ReplyDelete
  6. Hi semua. Saya nak pergi Hatyai bulan 12 ni (6-9 Dec 2019) by bus. Ikut trip #AkuTravel agency. RM299/pax termasuk transport, hotel,tour guide & travel insurance. Kalau berminat nak tahu full itinerary boleh contact sye 018-9581995(najwa) or najwaakutravel@gmail.com

    ReplyDelete